Salam semua....ok kali nie aku nak cerita sikit pasal satu lagi rancangan realiti TV yang baru kat salah satu stesen TV swasta terkemuka di Malaysia nie... Nama rancangan tuh VOKAL - Bukan Sekadar Rupa... Konsep rancangan ni ada la ala-ala THE VOICE yang dekat Hollywood tuh... bukan seluruh konsep nyer yang sama tapi pemilihan peserta yang layak dilakukan berdasarkan "blind audition" dimana semasa peserta mempersembahkan lagu mereka...hanya suara jer yang kedengaran berkumandang mengalunkan lagu pilihan mereka. Dari suara itu la yang juri akan membuat pilihan untuk menerima atau tidak peserta tersebut.
Cuma terdetik dalam hati aku tentang rancangan realiti ni apa yang dimaksudkan dengan tagline die "Bukan Sekadar Rupa" tuh....??? Adakah pemilihan peserta hanya dipengaruhi oleh suara peserta semata-mata..?? Ataupun "Bukan Sekadar Rupa" memberi maksud tak harapkan muka cantik..muka handsome...muka pakej je tapi suara mantap..?? Ataupun "Bukan Sekadar Rupa" membawa erti tak payah ade rupa yang menawan tapi suara yang meremangkan segala bulu..?? Haaaaa......yang ini aku confius..!!!
Ok sebab ape..?? Ni just pendapat aku melalui ape yang aku tonton..Aku tengok semua peserta yang masuk tuh majoriti nye mesti berbadan besar atau gempal atau gemuk....tak pun bekulit gelap... dan muka mesti yang "pecah rumah" punyer.. (Maaf yer tak ada niat menghina orang yang berfizikal sedemikian). Kalo ade pon yang macam cantek dan okay adalah seorang perserta wanita tuh...yang lain seperti yang dijelaskan sebelumnya.... Kenapa yerrr...??? Ker memang target peserta untuk rancangan ini orang-orang yang sedemikian...??? Kalau begitu konsepnyer dah lari la dari target asal dimana mencari bakat berdasarkan suara yang mantap dan tidak dipengaruhi oleh rupa... Tapi kalo dah memilih golongan-golongan seperti diatas maknanya rupa dah mempengaruhi pemilihan... iaitu gemuk...dan mungkin muka yang tiada pakej.
Kalo dilihat dalam THE VOICE di Hollywood, semua peserta memang dinilai berdasarkan suara. Cantik atau kurang catik, berpewatakan menarik atau tidak dan apa jua penampilan anda semuanya diterima untuk terlibat dan hanya yang betul-betul mempunyai suara yang mantap pada pendengaran juri akan dipilih. Tak macam dalam VOKAL... ataupun memang VOKAL tuh target pesertanya memang golongan-golongan sebegitu?? Kesian pada yang mempunyai rupa dan betul-betuk berbakat tak dapat peluang nak menyertai rancangan tu...Bukan apa seolah-olah rancangan itu dibuat untuk mereka yang kurang bernasib baik pulak nampaknya kalo target pesertanya adalah sebegitu... Sepatotnya kalo mahu betul-betul menilai vokal dan betul-betul "bukan sekadar rupa" pemilihan peserta perlu lebih meniliti kepada vokal dan tidak menitikberatkan cantik atau tidak mahupun memilih golongan-golongan tertentu sahaja. Sepatutnya perhatian penuh pada vokal dan penyampaian vokal.
Apa pon aku nie juri tak bertauliah..diorang yang berada dalam produksi berkenaan mesti lebih memahami... Dan aku just meluahkan pendapat aku sahaja...masing-masing ada pendapat tersendiri...so jangan terasa hati yer dengan apa yang aku tulis. Pada aku semua orang berbakat tak kira cantik mahupun tidak. Sekian.... peace..!! :)
p/s: Konsep THE VOICE dan VOKAL tak sama dari segi strategi pertandingan dan penyingkiran tapi kedua-duanya mementingkan vokal peserta dan tidak dipengaruhi rupa.
0 comments:
Post a Comment