Friday, November 11, 2011

...LePaS 11.11.11 aPe PuLaK..??...

Salam semua...semalam bukan main kecoh dengan pelbagai perkara semuanya angkara si angka....angka ape menda nyer..??? Mesti la angka ini 11.11.11 yang merupakan tarikh pada semalam. Masing-masing pun cuba mengabadikan perkara-perkara terindah dan istimewa dalam hidup mereka pada tarikh nie...sebab ape?? ade dapat free gift ker ?? Bukan....tapi semata-mata kerana tarikh itu yang cantik dengan satu angka yang sama iaitu "1" dan tarikh yang mudah diingati.

Macam-macam hal berlaku semalam...dan yang paling penting ramai yang berduyun-duyun untuk menamatkan zaman bujang mereka pada 11.11.11. Bukan kawin aje...yang bertunang pon yer...yang menyambut annivesary pon yer...dan ada juga yang melahirkan anak pada tarikh 11.11.11...tahniah la yer pada mereka-mereka itu...jangan ditanya apa yang istimewa sangat tarikh tuh..??? Sebab perkara tersebut subjektif...walaupun ianya hanya kerana tarikh tersebut tapi setiap orang ada cara tersendiri untuk mengingati perkara-perkara istimewa itu. TAPI...!!!!!!! yang aku tak boleh tahan, ada pulak ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata yang baru sanggup membuat permintaan untuk melaksanakan pembedahan Caesarean iaitu bersalin secara pembedahan untuk kandungan mereka yang memang menanti masa nak keluar tuh semata-mata untuk mendapatkan tarikh 11.11.11....aish...ada pulak tuh kempunan sebab nak kawen tarikh 11.11.11 last-last pejabat agama tutp pulak dah....ini la antara apa yang aku dapat baca sekitar yang berlaku pada tarikh yang digila-gilakan sangat tuh...macam-macam hal la...!!!




Haaa....11.11.11 dah berlalu...lepas nie 12.12.12 la pulak.....then?? 13.13.13..?? Opkos la tak der manusia oi..haha...mungkin 11.12.13...so kalo yang dah ade plan tuh cepat-cepat la nyimpan yer masuk minang anak dara orang...tapi tarikh ape pon nak berkahwin biarlah berkekalan hendaknyer....jangan heboh sgt nak kawin tarikh lawa last-last perkahwinannya tak seindah tarikh tuh da....haaaa.....no no no..!!!

Hurm....tak kesah la yer...apa jugak tarikh nyer...pada aku setiap hari itu istimewa...dan jangan la pulak hanya kerana mendapatkan sesuatu perkara yang cantik sanggup membahaykan diri sendiri. Apapun..tahniah sekali lagi pada yang dah berkahwin, bertunang, menjadi ibu dan bapa dan juga yang mendapatkan cahaya mata baru pada tarikh yang bersejarah tuh.... peace..!! :)


Wednesday, November 9, 2011

...VoKaL BuKaN SeKaDaR RuPe...BeNoR Ker??...

Salam semua....ok kali nie aku nak cerita sikit pasal satu lagi rancangan realiti TV yang baru kat salah satu stesen TV swasta terkemuka di Malaysia nie... Nama rancangan tuh VOKAL - Bukan Sekadar Rupa... Konsep rancangan ni ada la ala-ala THE VOICE yang dekat Hollywood tuh... bukan seluruh konsep nyer yang sama tapi pemilihan peserta yang layak dilakukan berdasarkan "blind audition" dimana semasa peserta mempersembahkan lagu mereka...hanya suara jer yang kedengaran berkumandang mengalunkan lagu pilihan mereka. Dari suara itu la yang juri akan membuat pilihan untuk menerima atau tidak peserta tersebut.





Cuma terdetik dalam hati aku tentang rancangan realiti ni apa yang dimaksudkan dengan tagline die "Bukan Sekadar Rupa" tuh....???  Adakah pemilihan peserta hanya dipengaruhi oleh suara peserta semata-mata..?? Ataupun "Bukan Sekadar Rupa" memberi maksud tak harapkan muka cantik..muka handsome...muka pakej je tapi suara mantap..?? Ataupun "Bukan Sekadar Rupa" membawa erti tak payah ade rupa yang menawan tapi suara yang meremangkan segala bulu..?? Haaaaa......yang ini aku confius..!!!

Ok sebab ape..?? Ni just pendapat aku melalui ape yang aku tonton..Aku tengok semua peserta yang masuk tuh majoriti nye mesti berbadan besar atau gempal atau gemuk....tak pun bekulit gelap... dan muka mesti yang "pecah rumah" punyer.. (Maaf yer tak ada niat menghina orang yang berfizikal sedemikian). Kalo ade pon yang macam cantek dan okay adalah seorang perserta wanita tuh...yang lain seperti yang dijelaskan sebelumnya.... Kenapa yerrr...??? Ker memang target peserta untuk rancangan ini orang-orang yang sedemikian...??? Kalau begitu konsepnyer dah lari la dari target asal dimana mencari bakat berdasarkan suara yang mantap dan tidak dipengaruhi oleh rupa... Tapi kalo dah memilih golongan-golongan seperti diatas maknanya rupa dah mempengaruhi pemilihan... iaitu gemuk...dan mungkin muka yang tiada pakej.





Kalo dilihat dalam THE VOICE di Hollywood, semua peserta memang dinilai berdasarkan suara. Cantik atau kurang catik, berpewatakan menarik atau tidak dan apa jua penampilan anda semuanya diterima untuk terlibat dan hanya yang betul-betul mempunyai suara yang mantap pada pendengaran juri akan dipilih. Tak macam dalam VOKAL... ataupun memang VOKAL tuh target pesertanya memang golongan-golongan sebegitu?? Kesian pada yang mempunyai rupa dan betul-betuk berbakat tak dapat peluang nak menyertai rancangan tu...Bukan apa seolah-olah rancangan itu dibuat untuk mereka yang kurang bernasib baik pulak nampaknya kalo target pesertanya adalah sebegitu... Sepatotnya kalo mahu betul-betul menilai vokal dan betul-betul "bukan sekadar rupa" pemilihan peserta perlu lebih meniliti kepada vokal dan tidak menitikberatkan cantik atau tidak mahupun memilih golongan-golongan tertentu sahaja. Sepatutnya perhatian penuh pada vokal dan penyampaian vokal.

Apa pon aku nie juri tak bertauliah..diorang yang berada dalam produksi berkenaan mesti lebih memahami... Dan aku just meluahkan pendapat aku sahaja...masing-masing ada pendapat tersendiri...so jangan terasa hati yer dengan apa yang aku tulis. Pada aku semua orang berbakat tak kira cantik mahupun tidak. Sekian.... peace..!! :)


p/s: Konsep THE VOICE dan VOKAL tak sama dari segi strategi pertandingan dan penyingkiran tapi kedua-duanya mementingkan vokal peserta dan tidak dipengaruhi rupa.





Tuesday, October 18, 2011

...KiSaH PaK Cu DaN AnAk BuaHnYa...

Salam semua...weeeeehhaaaa....ni nak habaq mai satu citer ni kat hangpa semua...hehe...aku nak bercerita kisah aku sendiri dengan anak buah aku...iaitu anak kepada kakak kandung aku...nama budak kecik nie Muhammad Danish Haikal, berumur 2 tahun setengah. Memandangkan aku ni anak bongsu...so gelaran yang dia gunakan untuk panggil aku ialah Pak Cu...kadang-kadang jadi Acu...short form katanyer...

Al-kesah bermula semasa aku keluar bersama family aku bersama kakak aku dan suami serta anak-anaknyer. Kami naik satu kereta semuanya. Jadi si budak kecik Danish ni nak duduk dengan aku. Aku pangkukan die di paha aku sambil muka dan badan die mengadap aku. Tiba-tiba :


Danish : Acu...apa bintik hitam dekat muka Acu tuh??

Aku    : Huh?? bintik hitam?? (blurr kejap sambil pandang muka Mak aku) . Ape benda nyer Mak??

Mak   : Tahi lalat awak la tu....

Aku    : Owh tahi lalat... (terlupe plak ade tahi lalat kat pipi). Bintik hitam ni tahi lalat Acu la Danish...

Danish : Huh?? Tahi lalat...?? 

Aku    : Ha'ah, kat muka Acu nie tahi lalat... (banyak tanya plak budak nie)

Danish : Kenapa tahi lalat?? Lalat tuh BERAK kat muka Acu ker??  ( Aku dah terbahak-bahak gelak...satu kereta gelak dengan soalan cepumas die)

Masa dia tanya soalan tuh...aku dah tak tahu dah nak jawab apa...aku hanya mampu jawab "Ha'ah... lalat tuh berak kat muka Acu"....tapi yang aku tak tahan tu dia terus guna istilah berak sebab ada perkataan "tahi" tuh. Tapi apa boleh buat, nama pun budak-budak kan...

Then aku sendiri tertanya pada diri sendiri. Macam mana ekh tahi lalat terbentuk..?? Ke memang betul lalat tuh berak kat kita...ciss...!! Biadap punya lalat kalo betol ko berak.Tapi pastinya la bukan...kat bawah ni aku ada jawapannya macam mana tahi lalat terbentuk.

Sebenarnya, bukan lalat tuh yang berak kat kita tapi tahi lalat terbentuk akibat pengumpulan sel-sel bernama melanocytes (sel yang berada dibawah epidermis kulit dan menghasilkan melanin). Pigment melanin yang terhasil oleh sel melanocytes nie la yang menampakkan tahi lalat tuh jadi gelap. Jadi, apabila melanocytes nie berada dalam keadaan kelompok dan menghasilkan melanin maka tercipta la tahi lalat.

Tahi lalat pada kulit manusia nie selalunya dalam bentuk bulat atau bujur dan warna die pulak boleh menjadi hitam, perang, merah ataupun merah jambu. Secara statistik, selalunya seorang manusia mempunyai 10 -50 tahi lalat pada sekitar badannya. Tahi lalat nie kalo dalam istilah saintifik dipanggil Nevus (merujuk kepada tunggal) dan kalo banyak dipanggil sebagai Nevi. Tahi lalat nie jugak boleh wujud dalam keadaan rata dan kadang-kadang boleh timbul dari permukaan kulit kita tuh. Ada plak tuh yang ade tumbuh rambut lagi. Subur kot kat situ...haha..



 Ni la rupanya macam mana tahi lalat boleh terbentuk pada tubuh badan manusia...haaa...pilih-pilih..!!



So itulah sedikit info yang aku boleh share berdasarkan apa yang berlaku antara aku dan si budak kecik Danish. At least dia membuatkan aku terpikir gak kan...and dapat share info dengan korang. Tapi kalo aku nak explain balik kat die agak-agaknye dia paham x?? Silap-silap banyak plak nanti soalan cepumas dari die...biarlah dia cari sendiri nanti bila dah besar... :)

Monday, October 17, 2011

ApE NaK JaDi...ApE NaK JaDi...??

Salam semua...ok kali ini aku nak bersoseh-soseh dengan korang semua pasal satu video yang dah ley dikatakan amat mengejutkan ramai orang. Berduyun-duyun dah orang “mengepost” video ni kat Facebook. Dalam TV pun dah ade kuar video ni. Video rakaman CCTV yang aku maksudkan tuh adalah video rakaman dimana seorang kanak-kanak yang dilanggar oleh sebuah Van dah kemudiannya ditinggalkan cedera di tempat kejadian Kejadian berlaku di China. Pastu, orang yang lalu lalang dikawasan kejadian hanya memandang tanpa memberi apa-apa bantuan lansung kepada budak yang dah separuh nyawa tuh...!! WTF..!!

Boleh pulak la orang kat situ pandang wat bodoh (sah mmg diorang tuh bodoh dungu) tengok jer budak tuh. Masalah nyer bukan sorang dua yang memandang tapi ramai. Nasib baik la ade sorang mak cik nie yang ubah budak ni ketepi sikit. Tapi yang aku hairan lagi, kenapa mak cik tuh tak nak bawa pergi hospital or clinic terus..?? Haisssshhhh!!

Sampai macam tuh sekali masyarakat kawasan tuh sehinggakan ada orang yang cedera tahap anytime jer nak mati pun diaorang lansung tak nak ambil tahu. Lagi sadis ini melibatkan kanak-kanak. Mana hilangnya keperihatinan masyarakat kawasan tuh..?? Korang nilai la sendiri bila tengok video ni..mungkin ada sesetengah korang yang dah tengok tapi tak salahkan kalo tengok lagi...layaaannnnnn~~~









Thursday, October 13, 2011

...MunCuL SeMuLa....CaaaKKkkk..!!!

Yaaaa ammmmppuuuunnnn...!!! Giler lama tak update blog nie...Haishh.....jgn salahkan aku tapi salahkan penyakit M yang melanda aku...iaitu Malas...Bukannyer tak selalu online tapi macam tak terbukak jer hati nak menghupdatekan diri kat blog nie. Akhirnya hari ni bukak juga aku blog nie untuk di updatekan dengan entri baru. Tapi kali ni tak ada la cerita or info yang letop-letop sangat pon nak dikongsi. Tapi just nak share video yang membuatkan aku melayan perasaan (waaahhhh...!!) jap pagi-pagi bila dengar. Dah la lagu nyer pon melayan2 perasaan bila di instrumental kan plak...melayang-layang aku... nah !! kat bawah nie video instrumental lagu KISAH HATI nyanyian ALYAH...untuk yang men gitar nie kalo bace la blog nie (walaupon mmg xde harapan) nice lah lu bro...!! sedap...!!




Friday, July 8, 2011

...BeSaRNyeR SiPuT iTu...

Salam semua...wah...lama sangat taj updata entri yang baru. Tapi aku rasa tuh dah menjadi perkara biasa buat aku. Dah berkurun baru nak update kan. Ok kali nie aku nak cerita pasal penemuaan siput yang besar. Bukan siput sedut tapi siput babi (nie bukan sebab nak membabikan siput k..) atau nama sopannya siput khinzir atau dikenali juga secara saintifiknya sebagai Achatina fulica.

Alkesahnyer...aku nak pergi mandi pagi. Bila aku nak masuk jer pintu bilik air tuh tetibe aku macam ternampak benda yang biasa nampak tapi besar dari biasa. Apa lagi...siput tuh la kan..!! Tinggi plak siput tuh mendaki sampai ke tingkat 3.... Aiyyyooo susah aku nak tengok siput babi yang sebenar itu. Bukan susah lagi dah memang aku xpernah tengok pon. Mungkin korang penah la kan tapi untuk aku nie la my first time..haha.. Tapi berdasarkan short reading aku kat Wikipedia...siput nie memang boleh membesar dengan panjang sekitar 10cm sehingga 12cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram...

Aku pon ape lagi sanggup patah balik ke bilik untuk amik handphone nak tangkap gambar. Opkos la nak share kat sini kan.. Maka siput tuh pon jadi la model aku...snap..!! snap..!!

Masa amik gambar tuh sempat gak la aku bandingkan dengan beberapa benda untuk dibuat perbandingan saiz nak bagi nampak sket besar ke tidak siput tuh. Nanti orang kata photoshop plak!! Haha...Aku pon grab la ape yang ada.. Jom layan gambar kat bawah nie..

Ni la siput babi besar itu...melekat pada dinding...aras 3...


1st aku bandingkan dengan botol shampoo Head & Shoulders (380ml).. saiz siput tuh lebih dari separuh botol tuh ok...



Then aku banding pulak dengan botol Listerin (250ml)

 
 
 
p/s: Semua dibandingkan dengan toiletries sebab kan nak pergi mandi...!! hehe...

Saturday, June 25, 2011

...JaWaTaN KosOnG...!!

Salam semua...kali nie aku nak hebahkan tentang jawatan kosong  yang mana iklan nie aku terbaca selepas salah seorang kawan aku post iklan nie kat wall Facebook dia. Mari lihat iklan tersebut kat bawah nie k...!!!





Iklan ni sangat menarik untuk dikongsi bersama. Peringatan untuk aku jugeeeee~~~ Peace...!!

Friday, June 24, 2011

...aLKeSaH IkAN BeLaaN...

Salam semua....kali ini ada cerita sayu sikit. Tapi tak ada la sayu mana, suam-suam jer. Aku nak cerita pasal ikan belaan aku. Jangan salah anggap pulak. Ini bukan cerita pasal "anak ikan" itu ok. Ini cerita pasal ikan yang betol yang hidupnya di dalam air dan aku letakkan nyer di dalam akuarium kecil.

Dulu aku penah sekali post entri pasal aku mula bela ikan kan. Start dari situ dah banyak ikan yang menjadi mangsa korban dibawah jagaan aku. Kalau ikutkan sekarang ni aku pon dah tak pasti ni batch yang ke berapa punya ikan aku dah beli. Yang pasti memang banyak and macam-macam insiden yang jadi. Ade yang lumat dikisar kipas pam air la, ada yang mati tak tahan kena buli ngan ikan lain la (erk..??). Tapi sebab paling utama mengapa ikan aku mati aku rase sebab kualiti air plus aku sendiri kot tak ada bakat jaga ikan. Hurm...ntah la..

Tapi sampai sekarang aku tak serik-serik lagi bela ikan ni. Ikan yang paling lama bertahan dibawah jagaan aku pon adalah "ikan bandaraya". Aku tak tahu la ape name saintifiknya tapi ikan tuh ikan yang sedut-sedut lumut yang nak bagi akuarium kite bersih sikit. Sebab tuh la dapat nama bandaraya kot. Ha...ikan ni sampai sekarang pon ada lagi. Lama jugak la aku bela, ada la dalam 3 bulan lebih sampai sekarang ni.

Kali ini nak share dengan korang insiden aku baru berlaku dengan ikan yang aku baru jer beli ahad lepas. Kes kali ni turut menyebabkan maut. Dimana ikan aku dilaporkan membunuh diri. Mungkin agak tertekan dengan suasana akuarium kecil kot...ntah la...hehe. Tapi kali ni aku yakin bukan sebab aku tak pandai jaga. Mana tak nya, yang sekor lagi tuh ok jer sehat walafiat, tak de pulak pening-pening ikan ker terhuyung hayang ke. Lagipun untuk batch kali ni punya la aku jaga water quality nyer... Haha...

Tapi kali ni ikan aku telah melompat keluar dari akuarium dah dijumpai mati kering dihurungi semut diatas meja dimana akuarium itu diletakkan. Mula-mula aku tak sedar, tapi sekali tuh aku pandang akuarium aku aku tengok macam ade yang kurang jer. Dah hilang sekor. Ingatkan menyorok disebalik pokok or patung kuda laut tapi tak ada jugak. Last-last nampak dah mati kering membunuh diri keluar dari akuarium. Sadis!!



Tinggal la sekor dengan ikan bandaraya...aisehhh....


Tapi nak buat macam mana, ajal maut ditangan Tuhan. Aku pon redha jer. So pasni apa lagi, cari couple baru la untuk ikan sekor yang dah jadi janda/duda ni. Hehe.. seb bek la ade teman lagi iaitu ikan bandaraya yang setia dalam akuarium nie... :)

Thursday, June 16, 2011

...TuRuN KeRaNa KoMiTMeN or StraTeGi...??

Salam semua...ok kali nie aku nak sentuh isu mengenai politik sikit....jarang aku nak sentuh isu-isu politik nie...coz jujur nyer memang xpandai berpolitik sangat tapi rasanya tak salah kalau aku meluahkan pendapat aku yang mempunyai unsur-unsur politik... Ok apa yang aku nak cuba sampai kan ialah.... isu harga minyak yang turun naik beberapa kali dah dalam setahun oleh pihak kerajaan... Dan hari ini (16 Jun 2011) dah keluar lagi kenyataan dari pihak kerajaan mengatakan harga minyak RON97 turun lagi....

Aku tak pakai pon RON97....satu sebab mahal...and satu lagi ase cepat jer habis kalo pakai minyak tuh...tapi enjin kita terjaga la kan...aaahhh...persetankan itu.... Yang aku tertarik kat sini... masa aku bukak website akhbar popular Malaysia tadi aku terbaca tajuk salah satu artikel di bahagian Mutakhir iaitu "Penurunan harga RON97 bukti komitmen kerajaan kurangkan beban rakyat". Betol kerr...???


  
Gambar keratan dari website tersebut...


Mungkin ada yang berpendapat aku nie xbersyukur lansung....minyak naik marah...nie dah turun pun xpuas hati lagi....padahal bukan guna RON97 pon...xkesah la kan... tapi aku macam tak sedap la pulak bila baca tajuk artikel tuh yang "kerajaan kurangkan beban rakyat"... aku tak der la nak salahkan kerajaan... coz kerajaan pon selama hari ni banyak juga membantu aku... cume betul ker kurangkan beban...

Mungkin betul...yer la sape seronok kan minyak turun... memang la kurangkan beban... tapi cuba pikir... bila minyak naik....perrrgghhhh.... semua benda pun nak naik harga.... harga tiket bas la... itu ini... semua pon nak naik... tapi bila minyak turun.... ada harga barang tuh nak turun balik.... TAK DER NYERRR...!!! Yang turun minyak jer... tapi beban kita yang dah meningkat sebelum nie... tak turun dah...

Dan satu hal lagi... aku rasa tindakan penurunan harga minyak nie seolah-olah lebih kepada strategi kerajaan nak meraih undi...yerla tak lama lagi kan dah nak pilihanraya umum....so mesti la nak menangkan hati rakyat semula...maklumlah sejak kebelakangan nie ramai yang kurang berpuas hati dengan kerajaan...mestilah ramai yang dah bersumpah seranah tak nak undi kerajaan kan... jadi nie mungkin salah satu cara pengubat duka la konon...tpi tak tahu la pulak kan ye or tidak...hehe

Tapi aku tak pulak kata yang aku ni anti-kerajaan... aku bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang Kerajaan Malaysia sekarang ni dah buat... cuma aku just menyatakan apa yang aku rasa jer bila terbaca tajuk kat website  tuh tadi... Maaf la yer...aku memang tak pandai sangat dalam berpolitik...memang tak der sangat fakta-fakta yang aku nak hujahkan... tapi ni semua dari aku... dan apa yang aku terpikirkan... So maaf kalau ada yang aku tulis mengguris mana-mana pihak... or mungkin ada yang tidak berasas... Peace..!!



Wednesday, June 15, 2011

...GaGaL SeKaLi BuKaN UntUk SeLaMaNya...

Salam....wah...bukan men bermotivasi lagi entri aku kali nie kan... Sekali sekala nak juga mem"Fadzilah Kamsah"kan diri... Bukan apa tetibe terpikir dengan nasib sendiri... Kadang tertanya betul ker tidak apa yang aku buat and pilih sekarang... Yerla...sape yang nak menyusahkan diri dia kan... dah memang sifat manusia ni suka semua benda yang senang... tapi itu la bak kata orang ramai rakyat jelata disana.... "bukan senang nak senang, tapi senang nak jadi tak senang"... paham tak...?? kalo xpaham sudah....

Aku pon penah rasa gagal.... pernah ada susah.... dan sekarang pon aku rasa aku masih dalam fasa susah... tipu la kalau aku cakap lansung tak ada merungut... banyak kottt.... tapi nak tak nak kena la kuatkan... kena la sabar... buat la apa yang boleh untuk keluar dari masalah... kena la bangun kan... kalau nak bertempek jer kat takuk lama sampai bila-bila duduk kat keadaan susah...

 Tapi kadang tuh ada pulak orang yang memandang lain apa yang kita buat... Ada juga yang membuat anggapan sendiri yang sememangnya salah... Tapi persetankan semua orang-orang ini... Lagipun tak membantu diri kita pun... Biarkan diorang terus serong dengan anggapan diorang... Kita bantu diri kita apa yang boleh... Jangan susahkan diri kita dengan kata-kata orang... Dan jangan susahkan orang lain juga...

Hopefully suatu hari nanti aku keluar lah dari keadaan sukar dan susah nie... Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada... Alhamdulillah...

p/s: agaknya dah tak tahu nak buat entri ape...tetibe meluahkan isi perut plak jadinyer kat sini...hehe...kalo ada yang geli geleman membaca... lantak ko la~~ ade aku kesah...???





Saturday, June 11, 2011

...DiSSoCiaTiVe iDenTiTy DiSorDeR...

Salam semua....ok kali nie aku nak berstory-mory antara kisah menarik yang aku dapat masa beberapa hari yang lepas....masa tuh aku tengah tengok televisyen (semangat eja penuh)....pastu aku petik...aku petikk....aku petikk remote tuh....sampai la aku jumper satu rancangan yang aku ase aku terpikat nak tengok....last2 aku bukak la chanel 702 : Diva Universal kat Astro tuh....rancangan nyer adalah.... The Oprah Winfrey Show...kan...mak-mak giler rancangan yang aku tengok...ade aku kesah...?? apppeee pon xboleh!! haha...

Kebetulan pulak time tuh topik dia sangat la menarik...si pompuan negro kaya nie die berbicara mengenai sorang perempuan bernama KIM NOBLE yang mempunyai penyakit yang dikenali dalam bahasa omputihnyer sebagai Dissociative Identity Disorder (D.I.D) atau pon penah dikenali sebagai Multiple Personality Disorder..paham?? Kalo mak cik-mak cik xpaham....ianya boleh diterangkan sebagai...orang nie ade masalah beberapa orang personaliti ataupun identiti yang berbeza dalam diri....haaa...tapi bukan kes kekeliruan identiti ok....yang itu lain....tuh len kali kite citer...hahaha...



Kim Noble yang mempunyai masalah D.I.D


Tapi si Kim Noble nie...mempunyai masalah yang mane die mempunyai beberapa identiti or personaliti ataupon leh dipanggil ALTER berbeza dalam badan yang sama...dan setiap alter nie mempunyai kisah sendiri...dan muncul pada waktu-waktu tertentu...Alter yang paling dominan dalam diri si Kim nie bernama Patricia....Dalam diri Kim nie ade 20 alter ataupon orang yang berbeza....tetapi kalo ditanya pada mana-mana alter sama ada die ingat kisah atau ape yang dibuat alter lain...diorang xtahu dan tak  ingat....bermakna seolah-olah memang diri orang berbeza yang wujud walaupon pada badan and otak yang sama....kalo kite tengok orang nie...dah lama kite kata orang tuh gila...yerla kejap jadi gini...kejap jadi gitu..

Kim nie jugak ade seorang anak perempuan bernama Aimee...yang lagi best nyer anak die nie dari kecik lagi dah menyaksikan personaliti ibu die yang berbeza-beza...boleh katakan die mengenali semua alter yang ade dalam badan si Kim nie...



Kim dengan anak perempuannya , Aimee


Pada tahun 2004, Kim dan semua alter yang ade dalam badan die nie telah tertarik dengan aktiviti melukis setelah menghabiskan masa bersama seorang art therapist. Yang lagi menarik....setiap lukisan Kim dan alter nya...mempunyai latar cerita ataupon maksud yang berbeza-beza dan ada menggambarkan diri masing-masing. Kebanyakan alter ni tak sedar pon yang diorang nie berkongsi dengan badan yang sama sebab masing-masing menganggap mereka adalah orang yang berbeza.

Lagi menarik apabila therapist yang sering memantau Kim nie...die memberitahu bahawa kalo dia nak berkomunikasi dengan  mana-mana alter seperti "Patricia", "Judy", "Salome", "Ken" atau diri Kim sendiri...dia terpaksa menghantar  kepada setiap seorang kerana diorang mempunyai email yang berbeza. Malah diorang juga ade password sendiri yang mana alter lain tidak mengetahuinya walaupon dalam badan dan menggunakan otak yang sama.

Kalo korang nak tengok muncul nyer alter nie satu per satu...tapi bukan semua la...korang ley tgk kat link yang aku bg kat bawah nie...sorry xdpt nk letak video kat sini terus...korang bukak jer website Oprah nie...nanti dapat la tengok....enjoy...!!


Sila klik link dibawah ini untuk menonton:





TaMinG SaRi...WuJud Ke TiDaK..??

Salam semua...hari nie kite cakap pasal sejarah-sejarah dolu-dolu kala sikit eh...haha... Korang penah tak dengar pasal keris yang diberi nama KERIS TAMING SARI ?? Penah ker tidaakkk..?? Kalo tak pernah meh sini aku citer sikit... Tapi sebelum tuh nak citer dulu kenapa aku tetibe nak cakap sal keris nie... Sebenarnyer arituh aku nak pergi tengok la keris nie kat Galeri Sultan Azlan, di tempat kelahiran aku Kuala Kangsar... dengan semangat nyer aku pon ajak la kawan aku...sampai-sampai jer upenyer aku dah terlambat sehari...dah habis dah pon pameran nyer...melepas la aku nak tengok keris tuh...dulu kecik-kecik dah penah tengok...cuma itulah kecik-kecik ape ko paham kan...so ingat kali nie nak tau la dengan lebih mendalam pasal keris nie...tapi tak sempat pulak...takper la kite tunggu la next time pulak yerr...yang aku sendiri pon tak pasti bila masanyer... sebab keris nie hanya dibenarkan untuk dipamerkan selepas mendapat kebenaran Sultan Perak...

Now aku nak cerita plak...ape la istimewa nyer sangat keris nie.... Kalo korang nak tahu...mengikut sumber-sumber yang aku baca...Keris nie merupakan keris rasmi kerajaan Melaka dan orang yang layak untuk dapat keris nie pulak adalah mereka yang bergelar Laksamana...ramai yang tahu jugak...orang terakhir yang memiliki dan menggunakan keris nie adalah Hang Tuah...die kan laksamana Melaka...

Hebatnya lagi keris nie...kalo mengikut cerita-cerita yang disampaikan keris nie ada kuasa die sendiri... ada yang menceritakan yang keris nie mampu berlegar-legar and cari mangsanya sendiri...kire boleht erbang la kot...and orang yang menggunakan keris nie pulak ley jadi kebal dan tak akan tercedera oelah senjata kawan...betol ker tidak aku pon tak tahu la kan...tapi itula yang diceritakan dari dulu... Menariknya lagi keris nie... diperkatakan yang keris nie dibuat dengan menggunakan 20 jenis besi dan antaranya besi serpihan ganggang pintu Kaabah... hulu keris nie pulak diperbuat daripada emas dan bertatahkan batu-batu berharga seperti batu delima... sarung keris nie plak dibuat dan diselaputi dedaun emas....



Ini la rupa Keris Taming Sari tuh....


Tapi wujud pulak teori yang mengatakan yang keris Taming Sari nie dah  tak wujud....ada yang kata bahawa keris nie dah hilang macam mane hilangnya Hang Tuah....ada yang berpendapat keris nie dah dibenamkan ke dalam sungai dah hilang....maka timbul la pulak teori yang mengatakan bahawa keris Taming Sari yang ada sekarang nie adalah palsu dan diragui keasliannya...haaa...ini aku sendiri pon x reti nak menjawab nyer...sebab aku sendiri pon penah dengar kata keris nie dah hilang...

Tapi mengikut sumber yang aku petik dari Berita Harian, pihak ada pihak dari Muzium Perak menafikan ape yang diorang katakan tu... Ade kesah pulak macam mana menolak dakwaan yang keris tuh tak hilang...kesah nyer... Masa Hang Tuah gagal nak meminang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Mahmud (Sultan terakhir Kerajaan Melaka) , jadi Hang Tuah rasa malu sangat nak jumper dengan Sultan Mahmud dan die nie telah mengutuskan orang untuk memulangkan keris rasmi Kerajaan Melaka tuh pada Sultan Mahmud atas kegagalan beliau tuh...lepas tuh si Hang Tuah tuh pergi mana....itu aku pon xtahu la kan...

Yang aku tau...menurut sumber bacaan aku... Semasa Sultan Mahmud meninggalkan Melaka (kenapa die tinggalkan Melaka korang bukak la buku Sejarah k..) die bawak sekali keris Taming Sari nie dan lari ke Kampar... Lepas tuh Sultan Mahmud dikatakan bagi pulak keris tu pada anakanda beliau iaitu Raja Mudzaffar yang kemudiannya pergi ke Perak dan menjadi Sultan pertama bagi negeri Perak...begitulah ceritanya macam mane keris tuh boleh ade di tangan Kesultanan Perak dan menjadi alat kebesaran diraja Perak...
Macam tuh la ceritanya.... yang mane betol yang mane salah aku pon xtaw... tapi buat masa sekarang Keris Taming Sari tuh memang barada dalam Kesultanan Perak.... orang yang buat research dan mengkaji pasal menda nie jer la yang lebih tau...aku cuma share ape yang aku tau and aku bace...hehe... Peace..!!

Thursday, May 26, 2011

...KiSaH HaTi VeRsI LeLaKi...

Salam semua....hari nie nak share video plak ngan korang...bukan ape...aku buka Youtube nak tengok-tengok video yang boleh menghilangkan kebosanan...then tetibe aku terjumpe video nie...Lagu nie tajuk dia KISAH HATI...macam yang aku tulis kat tajuk entri tu lah kan...dan penyanyinya yang asal pula adalah Alyah...

Kalau diikutkan perkembangan sekarang nie...lagu nie dah mule popular and diputarkan di corong-corong radio...Dalam video nie plak...bukanlah dinyanyikan oleh Alyah tapi lagu cover version yang dinyanyikan semula oleh sorang mamat nie...muka dia dah macam Ustaz dah sekali aku tengok dekat sini tapi feeling-feeling lebih plak upenyer...haha...yang penting die confident kan nk promosi diri kat Youtube...manalah tahu rezeki dia kan kot-kot Alyah amik jadi artis rakaman bawah syarikat dia ker....hahahahaha....

Papepon jom kite layan lelaki like-like muka Ustaz nie feeling-feeling nyanyi lagu Kisah Hati...Enjoy...!! hahaha....






Kat bawah ni pulak...video clip versi asal Kisah Hati by Alyah... :)









Wednesday, May 25, 2011

...DiBeLeK-BeLeK DaH HaBis...

Salam semua...haa...kali nie aku nak citer menda yang ley kata perkara yang ajaib la kat diri aku...kenapa ajaib nyer?? sebenarnyer tak ada la ajaib sangat pon...tapi secara peribadi...aku ni bukan la jenis yang suka membaca novel...oh tidak...kalo novel-novel tuh...berbulan-bulan aku nk hbis...sbb tuh la aku kurang minat baca novel-novel nie...dulu masa zaman-zaman skolah tuh...kalo membaca novel nie sebab nk exam jer...kalo tak...tak der maknenyer aku nak bace...tuh pon lama nak habes...seksa jiwa raga kadang tuh...tapi ade la jugak novel-novel zaman skolah tuh yang aku suke ceritanya...

Nak jadikan cerita...kononnya sekarang nie aku nie nak memupuk semangat membaca la kat dalam diri nie...buku Melayu or English dua-dua pon nak try....kirenyer ni bukan melentur buluh dari rebung dah...dah terlewat...tapi tak salahkan kalo kite terus mencuba...then ade sorang kawan aku nie memberilah cadangan kat aku beberapa genre yang mungkin die rase sesuai untuk aku...sebab nk tolong aku tanam minat la kan....satu hari tuh gi kedai buku then dia cadangkanlah satu novel Melayu yang die rase mungkin aku maasyyuukkk kalo baca...mule berat hati juga nak beli riso xtersentuh buku tuh....then pikir-pikir balik aku pon setuju nak beli....n tuh la novel pertama yang aku beli sendiri selain dari novel-novel zama sekolah...

Kalo korang nak tahu nama novel tuh adalah KOUGAR...penulis dia adalah penulis baru iaitu Shaz Johar...korang dengar tajuk novel pon mungkin dah boleh tahu cerita pasal apa kan...itu pon kalo korang familiar la dengan istilah tuh...ringkas nyer mencerita pasal seorang wanita yang dah lanjut usia nya (40-an) sering jatuh hati pada lelaki muda...dalam tuh ada la beberapa konfliks yang berlaku...aku sangat suka penceritaan die...


 
Rupa cover depan novel tersebut....KOUGAR by SHAZ JOHAR


Yang lagi menarik nyer...aku mula ingatkan aku akan habes bace dalm sebulan or 2 bulan...tapi aku hanya amik 3 - 4 hari jer nak habiskan baca...kadang aku sendiri pon tak percaya sebab aku nie ade penyakit baru bace 2 3 muke surat mata dah kuyu ngantok...tapi kali nie tak...aku boleh bace dengan jangkamasa lama...mungkin sebab bila kite beli sendiri kite akan lebih menghargai and terasa rugi kalo dibiarkan tak dibaca...hehehe...hopefully for the next book yang aku akan beli...aku akan kekalkan prestasi nie...hahaha....so kiranya nie satu pencapaian baru la buat aku...walaupon menda nie xde la hebat sangat tapi untuk diri aku sendiri ini something yang bermakna... Sekian...!!!


p/s: Thanks to Roslan Ikubar sebab cadangkan buku nie...hehehe





Monday, May 23, 2011

...BiLe NaK TiRu SanGat TaPi HaMpeH...

Salam semua....mak aiihhh...lama benor dah xmenghupdate blog nie...ada la dalam 2 3 bulan juga....kalo ditanya kenapa...jawapan aku senang jer...malas...n xde mood...maka tergantunglah cerita camping-camping aku ngan kawan2 aku ke Desaru dulu tuh....sangkut kat Part 1...tapi aku pon dah xbercadang nak sambung Part 2 3 4 5 6...hahaha....sebabnyer pada aku itu dah kire citer lama la yekkk....

Oh sudah-sudah la yer cerita pasal aku tak hupdate tuh yer....tapi kan...aku nak sangat share tentang satu hal nie...hal yang aku nak share nie bout K-POP....kalo korang perasan...secara lansung or tak lansung...budaya K-POP nie dah makin popular di kalangan penduduk Malaysia...biasa la...orang Malaysia nie kan ramah...mudah menerima ape jua...hehe...boleh dikatakan banyak la budak remaja Malaysia sekarang dah suka ngan lagu-lagu K-POP nie...terus terang bukan la diorang jer....aku pon suke jugak...tapi xde la suke sangat-sangat...ade la 2 3 lagu...n kawan-kawan aku pon banyak jugak yang menggemari K-POP nie...tapi itu bukan benda yang aku persoalkan...coz itu minat...kalo dah minat masing-masing apa salahnya nyer kan...aku pon mungkin ade minat aku yang orang lain xminat...so pada aku...kalo diorang nak suke K-POP...tak ada masalah...tak kan la aku nak paksa diorg suruh minat zapin, keroncong, mak yong plak kan...sbb nk budaya Malaysia sg kan....haha....

Tapi yang menjadikan aku meluat...geli....muntah pink....mata juling....tengok aksi-aksi budak remaja yang sebuk sangat nak jadi ala-ala K-POP star...!! Mak aiiihhh.....aku tau citer nie bukan la baru tapi aku nak share gak...korang penah dengar kumpulan 24:7....or kumpulan Gula-Gula....??? Ha....diorang nie la kumpulan dari Malaysia...yang nak wat album....wat lagu....ala-ala K-POP....aku pon xtaw la nak kena labelkan diorng nie M-POP ke hape....tapi kesimpulannya....diaorang nie memang syok sendiri...aku rase aku bukan la orang pertama yang report menda gini kat blog...coz sebelum nie blog-blog hiburan ada yang dah laporkan....

Nak tahu kenapa aku kata diorang nie syok sendiri...ok meh aku bagitau....Kumpulan 24:7.ahli kumpulan ni semua nyer lelaki...secara kasarnya lelaki la...dalaman aku tak tahu...haha...ahli kumpulan pulak memang ramai...lebih kurang sama la kot dengan penari-penari Noraniza Idris kalo dalam Juara Lagu....bukan men lagi sendat pentas...tapi kalo ikot K-POP ahli-ahli kumpulan memang ramai...tapi masalahnyer muke diaorang nie tak de la K-POP pon...muke OUT jer banyak...pastu nak pose-pose jambu....eeeee...mane la aku xmuntah pink...bukan setakat pose jambu jer tau...siap tayang-tayang badan ha....badan plak. tulang belulang...adeyh....then nyanyi plak...mak aiiihhhh....suara....mmg....mmg lebih baik kalo diaorang xnyanyi....ke laut....!! laut pon ley jadi tsunami dah....pastu nari...wat step konon comel la...cantik la choreography nyer...tapi terabur...ada plak tuh...nari mmg kayu habis...senang citer untuk kurangka dosa aku ngutuk diorang...24:7 nie lansung takde pakej...bukan setakat K-POP....apa-apa POP pon tarrraaakkk....!! gile glamer jer lebih....






Ni la group 24:7 tuh....weeekkkk.....!!!

Then kumpulan Gula-Gula....kumpulan nie plak ahlinyer terdiri dari perempuan....pakai nak seksi-seksi...wah...nak cantik-cantik...yerla kata K-POP...kena la seksi-seksi...comel-comel...cantik-cantik kan....tapi masalah....nak pakai seksi....pastu tayang plak peha n betis dah standard gajah...nak kata lawa benor...pon idok...pastu suara pon ke laut....tergedik-gedik jer yang lebih....haaampppeeehhh...bek la ko kawen...buat anak...lagi bagus....senang citer gak...kumpulan nie pon memang takde pakej lansung....hampeeesssss....





Ni plak kumpulan Gula-Gula...aiiiyyyoooo

Nie la 2 kumpulan yang aku boleh katakan lebih kepada syok sendiri....yang lebih nak cari glamer...tapi hasil...hampeh....aku harap tak ade la kumpulan-kumpulan yang macam nie lagi dah nak kuar...cukup-cukup la ade diorang nie untuk menyakitkan mata n telinga rakyat Malaysia nie...tapi kalo ade pon yang nk kuar....biar la bakat korang tuh betol-betol ade...n semua lengkap...jangan lebih nak syok sendiri jer yer....

Kalo la artis Korea tengok semua nie...aku rase mesti ramai yang bunuh diri secara berjemaah...Sekian.... Peace...!!!


Monday, February 14, 2011

CaMpinG - BaTu LaYaR, DeSaRu (PaRt 1)

Salam semua....sebelum mula ape-ape...nak tanya la kat korang...penah gi camping x sebelum nie..?? Agak-agaknya la kan...kalo korang gi camping tuh...bile yer kali terakhir....hurm...kalo aku kali terakhir xtermasuk kesah yang aku nak ceriter jap lagi dah lama dah ase nye dalam tahun  2008 kowt....camping kat Gunung Ledang, Johor...besh sangat masa tuh...pengalaman yang menarik...

Tapi itu bukan la menda yang aku nak cerita kat sini...kali nie aku nak cerita pengalaman aku dan 5 orang kawan aku yang lain gi camping like-like jer....camping yang relax-relax la konon nyer...kitaorg wat menda nie semua weekend yang lepas...pergi petang Jumaat , 11 February 2011 then balik petang Sabtu, 12 Februari 2011....kire nyer satu malam jer la...tapi memang besh....kitaorang gi sana naik kereta Perodua Kancil kawan aku punyer....so bayangkan la ber6 dalam kete tuh....memang sardin abes...nasib baik la selim-melim belaka....so boleh la sumbat jugak...hehehe


nie la kitaorg masa dalam keta...sardin abis...!!

Kitorang mulakan perjalan dalam pukul 3 petang....eh...kitaorang xtinggal sembahyang Jumaat tau...pergi...sebab tuh kol 3 baru gerak....masa perjalanan tuh macam-macam la yang kitaorang sembangkan...macam hal yang berlaku...ade sekali tuh jalan jem giler...n then tetibe kat lane sebelah ade lori nie xjalan-jalan...sedangkan kereta depan die dah jauh dah jalan...kitorg pelik la pe kes plak drebar lori ni xgerak-gerak....rupenyer...TIDO....!! Yer...die tido time memandu kat jalan masa jem tuh...punya la ngantuk sangat kot pak cik tuh...then jem plak...bile berhenti tuh konon nyer nak lelapkan mata sekejap la kot...terlelap lama plak sampai xsedar keta depan dah gerak pak cik tuh...hahaha...tapi xsempat lak nak ambik gambar...nagh drive masa tuh...huhu...

Satu lagi kesah menarik masa dalam perjalanan tuh...kesah encik polis....mak oiii....gementar toboh ku ini kalo nampak polis...yer la...tengok jer la gambar kitorg dalam keta tuh...dah lebih had muatan tau...ish...memang kalo kantoi sah-sah kena saman....tapi dah rezeki...xkena...hampir 3 kali dapat mengelak polis kat tempat berbeza...sebab...pak cik polis tuh sebuk melayan kereta lain yang tengah disaman nyer...ffuuuhh~~ save duit aku...

Dalam pukul 4.30 gitu kitaorang pon sampai la kat Kota Tinggi...and sampai jer situ dalam kepala otak aku nie satu jer...nak makan putu bambu...ada satu kedai kat situ jual putu bambu yang sangat sedap...boleh kata setiap kali aku gi Batu Layar or Desaru mesti singgah sini nak beli putu bambu...haaa...lokasi die sangat la senang...kedai die nie terletak dekat simpang masuk ke Desaru kat Kota Tinggi tuh...kalo dari Johor Bahru...belok kanan kat traffic light n simpang masuk ke Desaru tuh...depan sikit....n tengok sebelah kiri jalan...ada la kedai die...kalo korang pergi Desaru...singgah la beli...dijamin sedap...harga pun ok la...RM 2 untuk satu bekas tuh...owh lupe...nama kedai tuh adalah...PUTU BAMBU PA' DIN...




sedaaappp....!!


Memang masyuk betul bile dapat makan putu bambu pak din nie...hehehe....k la...sampai sini dulu untuk kali nie....nanti aku sambung lagi citer k....hehehe... 





Sunday, February 13, 2011

...Si PeLiK GaGa...

Salam semua....aishhh....pelik...pelik....makin pelik si pempuan yang bernama Lady Gaga nie...macam-macam gaya baju dah die pakai n cube tonjolkan pada dunia...die nie memang hati keras...biar ape pon yang diorang ckap pasal style die...die tetap muncul dengan gaya-gaya pelik die....xkire la kat dalam video clip die ker...red carpet ker...ade jer gaya nyer....

Dari lilit tape kat badan...daging...bawak prop menda-menda tajam...ish...banyak lagi la gayanyer...semua nyer pelik-pelik...tapi yang lagi xmenahan....sewaktu red carpet 53rd annual Grammy Awards dekat Staples Center, Los Angeles pada 13 Februari 2011....Lady Gaga sekali lagi telah wat keje gile...kali nie...bukan pakaian jer....tapi die muncul dengan telur...hahaha....telur ker?? ntah la dah mcm spaceship dalam citer Superman pon yer...siap ade orang kuli-kuli tolong angkat n usung die yang ade kat dalam "telur" tuh....kalo korang nak tengok...ha tengok kat bawah nie...xpuas gambar...ngan video skali aku letak...aku sedut video nie dari YouTube...gile pelik n cool...hahahha...macam-macam la minah nie...



korang mampooo..???








Saturday, February 5, 2011

...CNY aNd TuLaNg...

Salam semua...hurm...asenyer...boleh lagi kot untuk ucapkan Selamat Tahun Baru Cina...Heppy Prosperous Chinese New Year....kepada semua kaum berbangsa Cina khususnya di Malaysia (bajet blog aku popular sampai obersi..haha)...pejam celik...pejam celik...celik pejam...celik xpejam-pejam...udoh tahun arnab dah yer...moh ler kite bela arnab bebanyok tahun nie k...hehe....




Uish...orang nak beraya...aku pon nak beraya...yerla...kata 1Malaysia...idok gitu..?? ape salah nyer kan...tapi bukan la aku gi ngetok umah mane-mane orang Cina mintak angpaw and limau plak...idok...idok....tapi aku kuar jalan-jalan ngan kawan aku...tapi tujuan sebenarnyer membawa seorang pelancong yang xberapa nak asing jalan-jalan kat metropolitan jay bee nie...hehe...kawan time blajor sesama dulu yang datang melawat UTM terchenta nie...haha...sape lagi Yenz la orang nyer...sebenornyer aku ngikot jer dah bile deme kata nak berjalan...so aku pon pantang dengor jalan-jalan nie..nak plak time bosan-bosan masa tuh kan...ngikot ler aku..hehe...

Dalam kol 4.30 tuh dah siap-siap semua...kitaorg pon mule la berjalan...mule kitorg gi Danga City Mall...tapi banyak sesangat kedai tutup...pergi City Square plak...pon sama...banyak kedai tutup...punyer la beri impak CNY nie...last...malantak time...!! aku pon ngajok ler kekawan aku makan kat sebuah restoran nie...aku penah pergi sekali jer...ade kawan bawak...then terpikat..n teringin nak makan...elok plak bawak pelancong kan...so aku ngajok le deme ke situ....

Ke mana kome weh..?? Ke Restoran ZZ Sup Tulang , JKR Daerah, Jalan Petrie, JB....lokasi secara kasarnye...dekat belakang Mahmoodiah...and belakang Hospital Sultanah Aminah...kalo xtahu jugak nanti tanya-tanya la orang situ k kalo nak pergi...malu bertanya sesat jalan la kan...hehe...tu le sebab nyer dalam entri nyer tajuk aku tulis tulang...hehe...pergh...!! sup kat sini memang terbaik...sup gear box...sup daging...sup ayam...semuanyer sedap... lagi satu aku suke kat tempat nie suasana nie yang macam ala-ala kampung gitu...tempat makan ade yang duduk bersila...kat pondok...pondok plak beratapkan daun rumbia...memang klasik n style makan kat sini...


...Pondok makan yang ade kat restoran tuh...nie kalo nak bersila la...feel kampung sket...


...Kalau tak nak dok lantai bersila...meja kerusi pon ade...


 ...Pondok makan berbumbungkan atap daun rumbia...


Sebahagian pemandangan seluruh restoran...gelap sket sebab masa nie dah maghrib...amik time dah selesai makan...

Dah tentunya...kami berlima yang datang nie duduk kat pondok yang kite leh makan sambil bersila diatas lantai la kan...baru feel lebih sikit....bila dah duduk kat situ...snap...snap skit...amik gambar...yerla...nak masuk blog la kan...hahahaha...per lagi...maka hasilnya...


...Meor...Yenz (pelancong tak berapa nak asing)...Minad...Paman...


 ...Paman...Safwan (aku nak jugek bergambor)...Yenz...Meor...


 ...Mereka manusia genius...


Then, kitorg pon meng"order" la makanan yang hendak dilantak and dilahap...yang pasti...semua pon order sup la kan...ade sup ayam and ade sup daging...pilihan aku...sudah pasti la sup gear box...kaww punyer...!!!
Nway kat sini bukan la semestinya wajib makan sup die...kalo nak order makanan panas lain pon boleh cube...ade jer...cume tarikan utama kat sini adalah sup tulang die la kan...sah-sah name kedai pon dah state sup tulang...kitorang pon ade la gak order makanan sampingan lain...macam kailan ikan masin...telur dadar...nak bagi meriah sket meja kan....mienad and yenz plak...order air yang spesel sket...ABC...ley tahan gak nampak nyer...hehehe




...Buku menu restoran nie...


...Nie la ghoper nyer bila semua makanan dah sampai..penuh...


 ...ABC...


Bile makanan pon semua dah sampai...air pon semua dah sampai...so ape lagi kan....makan and melantak time la kan....uissshhh....masa nie memang nikmat tol ase nyer...yang aku plak....sllluuurrrppppppp.....slllurrrrppppp....nyedut sup gear box aku...memang nikmat tol makan time nie...bile tercekik...hirup plak air laici yang aku order...adeyh...memang feel abes la time makan...sedor-sedor...udoh selesai kome weehh....hehehe...


 ...Sup gear box yang aku order....SEBELUM....


 daaannnn.....SELEPAS...burrrrppp...!!


Bile perut pon dah kenyang...makanan pon dah selesai dimakan...air pon selesai disedut...dah dok relax-relax jap after makan...ari pon dah mule gelap...yerla dah nak maghrib masa tuh...kitorg pon gerak lah ke bahagian cashier...untuk ape lagi kan membayor la...pandai makan pandai la bayor kan...hurm...harga dia sangat-sangat berpatutan...untuk makanan yang sesedap and sepuas itu...memang berbaloi...

Haa...kalo korang nak tau...Restoran ZZ Sup Tulang nie...ley tahan popular la gak...time bayar kat cashier tuh...banyak gak la gambor kenangan yang mengabadikan gambar-gambar selebriti yang pernah datang ke restoran tuh...aku belek punyer belek antara artis popular and suam-suam kuku yang ade...Aznil Hj. Nawawi, Noraniza Idris, Wan Maimunah, Jaafar Onn, Fazley Yaccob (dulu Dr.), Aziz Singah and ade la kot 2 3 lagi yang aku tak ingat...So memandangkan kitorang pon kononnyer populer...hahaha...kitorg pon nak gak bergambar kat depan kedai nie kan...hehehe...weelllll~~~ nie konon-konon Jalan-Jalan Cari Makan versi UTM la...pengacara die Yenz...buley?? haha...

...Kami telah mecuba...anda bagaimana..??.. hahahaha...


So pada korang yang baca nie...yang mungkin belum pernah ke sini...pasni...boleh la ke sana yer...cube rase dengan anak tekak sendiri...n bayor sendiri la yang pasti nyer...chiow..~~





Wednesday, February 2, 2011

OpSs..!! MaNe KaKi..??

Salam semua....malu nyerrr....malu.....haha...malu sebab kaki tertinggal...mesti pelik plak kan...pehal la nak dimalukan kalau kaki tertinggal...sebenarnya nak cerita pasal kejadian yang melibatkan kaki meja kat sebuah restoran fast food terkemuka seantero dunia...masa tuh aku gi makan-makan ngan kawan-kawan aku...ramai la gak yang joen...ade la dalam 8 orang semuanya....

Nak dijadikan cerita...bile sampai kat tempat makan tuh...meja nyer tak ade la besar mane...so kena la amik meja lain susun-susun rapat nak cukupkan korum....hehehe....nie nak mengelakkan berhimpit la time makan nanti...kalo x nanti ade yang makan siku orang sebelah time makan...yerla rapat sangat...

Maka...untuk tambah meja tuh...makna kena la gi amik mana-mana meja kat situ and bawak kat tempat yang kitorg dah pilih tuh kan...alkesahnyer aku pon pergi la ngan sorang lagi kawan aku nie...dengan confident kami pon angkat la meja....jeng...jeng...jeng....

Masa aku angkat meja tuh...terasa la berat meja tuh...tapi time aku jalan time akan meja tuh...aku dah perasan dah macam orang tengok-tengok siap senyum-senyum sinis lagi kan...tapi aku xpikir la yang diorg tuh senyum sebab kitorg angkat meja tuh...so aku n kawan aku nie pon dengan confident yang mencanak-canak teruskan perjalanan ke tempat yang kitorg nak duduk tuh....tetibe sorang lagi kawan aku bersuara...

" weh...korang tertinggal la kaki meja tuh...!!"

Dengan pantas aku pon jenguk la bawah meja yang aku angkat tuh....haah...!!! meja kaki meja xde....than aku pandang la kebelakang....aaaiiiyyyooo...!!! kaki meja tuh tertinggal kat tempat asalnyer...hahahaha....ptot la glamer kejap time angkat meja...orang pandang-pandang...senyum-senyum...hahahaha...untuk cover malu...aku soh kawan aku yang lain pergi amik kaki meja tuh....uish...xsanggup asenyer dah nak patah balik...hahaha...cepat-cepat letak meja tuh...duduk....then amik gambar meja keramat tuh...lalu aku chiow masuk dalam beli makanan...hehehe....tapi kan...aku terpikir gak...kalo la xde sorang pon kawan aku yang perasan kaki meja tuh tertinggal...n aku terus letak jer meja tuh macam biasa...mesti lagi malu sebab terhempas ke kebawah la meja tuh....yerla kaki xde..!!






Ini adalah meja keramat itew...hahaha





Sunday, January 30, 2011

HuH..?? AnaK IkaN..??

Salam semua....adoyai...lama sungguh aku xhupdate blog nie...genap sebulan...nak tunjukkan betapa lama nyer lagi aku x hupdate blog nie....nak ler bagi tau korang...bahawasanya...post nie adalah post pertama aku untuk tahun 2011...dah nak dekat ujung bulan baru aku hupdate kan...aissshhh...nak buat macam mane busy sgt...kadang tuh buat-buat busy...and kadang-kadang plak...penyakit M datang melanda diri...MALAS...hehehe

Haaaa...ape menda plak yang anak-anak ikan nie name entry aku...korang jangan pikir lain plak yer...aku xde nak nyimpan anak-anak ikan...xmampu nak nanggung nyer aihh....bek la aku tanggung anak tekak aku nie..hehe...lagi sonok...tanggung dengan memberi makan kepada diri sendiri la kan...hehehe...

Nie aku bukan nak citer pasal anak ikan yang itu tuuu....no..no...no...nie aku nak citer pasal ikan yang real okay...alkesah nyer...dua minggu yang lepas aku terbuka hati la pulak untuk membela ikan di dalam air yang terletak didalam sebuah bekas kecil di dalam bilik aku...hehehe...ringkas nyer...aku bela ikan la kang bilik...

So kat sini nak la share ngan korang macam mane la ghoper nyer ikan-ikan aku nie...xbanyak ade la dalam 7 ekor masa mulanyer... tapi sehari lepas tuh sekor mati...then aku gi la beli lagi 3 ekor... tapi 2 hari lepas tuh sekor lagi jadi arwah...selang 2 hari pastu sekor lagi...then aku gi beli lagi...so bilangan terkini sampai ari aku menulis ni adalah 8...agaknyer kena sumpah kot kena bela kurang dari 10 ekor...kalo lebih mati kowt...hahaha...ntah la kan...khurafat itu smua...hahaha....kat bawah nie ade ha...gambar ikan-ikan aku tuh...aku bela ikan guppy jer...itu jer yang mampu...jadila wat santapan mata....tapi dalam gambar nie ade gak yang dah jadi arwah..hehe..coz ni gambar mase awal-awal beli 2 minggu lepas



Nie la die anak-anak ikan yang dimaksudkan...hehe

Ha...korang mesti ade yang terpikir...besor benor ker akuarium aku untuk bela ikan-ikan nie...ish..!! xde la besor...kecik jer...bukan nak bukak Underwater World ker ape...just wat sonok-sonok tengok ikan-ikan berenang...bekas tuh kire muat la aku nak letak kat meja aku...cun2 jer bile dah letak kat meja...hehe..


Haa...nampak x akuarium tuh...?? Nampak kan?? Kalo xnampak tuh...xlama la. tuh..hehe..

 
 Jadi itula kesah yang aku nak share ngan korang untuk entri kali nie...yang pikir anak ikan lain tuh...sile clorox kepala otak anda yang kuning itu supaya putih sket untuk masa akan datang...hehehe...chiow..!!