Friday, November 11, 2011

...LePaS 11.11.11 aPe PuLaK..??...

Salam semua...semalam bukan main kecoh dengan pelbagai perkara semuanya angkara si angka....angka ape menda nyer..??? Mesti la angka ini 11.11.11 yang merupakan tarikh pada semalam. Masing-masing pun cuba mengabadikan perkara-perkara terindah dan istimewa dalam hidup mereka pada tarikh nie...sebab ape?? ade dapat free gift ker ?? Bukan....tapi semata-mata kerana tarikh itu yang cantik dengan satu angka yang sama iaitu "1" dan tarikh yang mudah diingati.

Macam-macam hal berlaku semalam...dan yang paling penting ramai yang berduyun-duyun untuk menamatkan zaman bujang mereka pada 11.11.11. Bukan kawin aje...yang bertunang pon yer...yang menyambut annivesary pon yer...dan ada juga yang melahirkan anak pada tarikh 11.11.11...tahniah la yer pada mereka-mereka itu...jangan ditanya apa yang istimewa sangat tarikh tuh..??? Sebab perkara tersebut subjektif...walaupun ianya hanya kerana tarikh tersebut tapi setiap orang ada cara tersendiri untuk mengingati perkara-perkara istimewa itu. TAPI...!!!!!!! yang aku tak boleh tahan, ada pulak ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata yang baru sanggup membuat permintaan untuk melaksanakan pembedahan Caesarean iaitu bersalin secara pembedahan untuk kandungan mereka yang memang menanti masa nak keluar tuh semata-mata untuk mendapatkan tarikh 11.11.11....aish...ada pulak tuh kempunan sebab nak kawen tarikh 11.11.11 last-last pejabat agama tutp pulak dah....ini la antara apa yang aku dapat baca sekitar yang berlaku pada tarikh yang digila-gilakan sangat tuh...macam-macam hal la...!!!




Haaa....11.11.11 dah berlalu...lepas nie 12.12.12 la pulak.....then?? 13.13.13..?? Opkos la tak der manusia oi..haha...mungkin 11.12.13...so kalo yang dah ade plan tuh cepat-cepat la nyimpan yer masuk minang anak dara orang...tapi tarikh ape pon nak berkahwin biarlah berkekalan hendaknyer....jangan heboh sgt nak kawin tarikh lawa last-last perkahwinannya tak seindah tarikh tuh da....haaaa.....no no no..!!!

Hurm....tak kesah la yer...apa jugak tarikh nyer...pada aku setiap hari itu istimewa...dan jangan la pulak hanya kerana mendapatkan sesuatu perkara yang cantik sanggup membahaykan diri sendiri. Apapun..tahniah sekali lagi pada yang dah berkahwin, bertunang, menjadi ibu dan bapa dan juga yang mendapatkan cahaya mata baru pada tarikh yang bersejarah tuh.... peace..!! :)


0 comments:

Post a Comment