Monday, August 13, 2012

...RaYa DaTaNg LaGi...!!...

Salam semua...sehingga entri ini ditulis dah 24 hari kita berpuasa...so amacam..?? Hehe...yang uzur tuh xper nanti ganti eh...selalu nya waktu-waktu gini orang dah sibuk dah ngan persiapan raya...semua pon raya lah...baju raya...kasut raya...tudung raya...perabot raya...kekasih raya...eh..?? Haha mesti korang pon dah ligat dah kan dengan "raya-raya" semua. Aku pun tak terkecuali...sama jer kita...tapi persiapan aku kali ni lambat sikit...sekarang ni pon tak beli apa pon lagi...tapi hati dah meronta-ronta dah ni...Cuma dah janji dgn orang kan nak shopping sesama... :)

InsyaAllah raya kali ini mungkin lebih meriah dari sebelum-sebelum nie sebab ini kali pertama adik-beradik aku semuanya dapat berkumpul dengan anak-anak sekali...sebelum nie ade dah...tapi time tuh abang aku tak ada anak lagi...so kali nie lebih complete...cuma itu lah...aku masih belum memegang tanggungjawab untuk memberi duit raya lagi...yeaahhhaaa...!! Teringin itu adalah tapi nak buat macam mana...stuckk...tak habis-habis lagi belajar nyer....Tunggu eh...ade rezeki tahun depan Acu bagi kat semua...InsyaAllah...

Aku harap korang punya raya kali ini pun meriah la hendaknya..walaupun mungkin ada dikalangan kita bilangan ahli keluarganya yang dah berkurangan, tapi harapkan tidak memadamkan kemeriahan yang ada...yang penting kita tetap mengenang mereka seperti mana mereka ada...Semangat pulak aku kan bagi mesej-mesej raya bagai...yelah kat kolej aku duduk nie semua dah hangkut barang nak balik rumah...berjangkit lah mood raya kat aku sebab dah terasa sunyi jer kat sini...hehe...

SEMOGA RAMADHAN YANG BERLALU MEMBERI SERIBU KEMANISAN PADA SYAWAL YANG MENJELANG...WALAUPUN GUSAR TIDAK BERTEMU KEMBALI... 


Saturday, August 4, 2012

...eLeH...SeBaB BuLaN RaMaDhaN Tuh...!!

Salam semua..sehingga post ini di tulis kita dah berpuasa selama 15 hari. Dah separuh bulan kita berpuasa. Sesungguhnya dalam bulan Ramadhan itu terdapatnya 10 malam pertama iaitu malam rahmat, 10 malam kedua yang disebut maghfirah atau keampunanan dan juga 10 malam terakhir iaitu  iaitu Semoga amalam kita dan ibadah kita dibulan mulia ini diterima Allah...InsyaAllah...10 malam kedua disebut dengan malam maghfirah iaitu keampunan dan 10 malam ketiga disebut itqum minannar iaitu pembebasan dari api neraka. Dan lebih besarnya nikmat Ramadhan ni adanya "Lailatul Qadar" iaitu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan.


Aku terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang agak biasa dikalangan kita, malah aku mengakui aku sendiri pun melakukannya. Kali ini nak bercerita perihal sesetengah pihak yang memandang serong akan perkara baik yang dilakukan. Terutamanya bila tiba bulan Ramadhan macam sekarang ni. Mesti ramai yang tetibe dikatakan berubah, kuat beribadah dan menjadi baik dari biasa. Pada aku tak salah. Sekurang-kurangnya walaupun mungkin ada yang berubah kerana kehadiran Ramadhan, mungkin ade terselit dihatinya untuk berubah selama-lamanya, dan mungkin mendidik sedikit seandainya tak banyak merubah dan membawa kepada kebaikan. Walaupun ada kemungkinan apabila tamat Ramadhan mungkin akan kelihatan seperti sediakala semula. Tapi sekurang-kurangnya manusia itu ada usaha untuk mendekatkan diri  tambah-tambah di bulan Ramadhan yang memang digalakkan untuk lebih bermuhasabah diri dan memperbaiki diri. Seandainya berhijrah sepenuhnya apabila tamat Ramadhan, syukur ianya bonus dan tanda Allah memberkati diri insan tersebut. Namun seandainya kembali seperti biasa, maksud aku tidak seperti mana Ramadhan, sekurang-kurangnya ada juga usaha yang dibuat daripada sebuk mengata “alah….sebab bulan pose jer tuh”. Aku teringat kisah masa aku di sekolah asrama dulu, sebab aku sendiri pun penah cakap perkara sebegitu bila tengok kawan-kawan tetiba lain sikit. Dan salah satu perkara aku membuat aku terdetik nak tulis mengenai ini sebab terdengar sekumpulan wanita yang tak dikenali sewaktu aku keluar membeli barang, dan bercakap sesuatu mengenai rakan mereka sehingga la aku dengar ayat “alah….sebab bulan pose jer tuh”.



Contoh mudah yang aku boleh bagi samalah seperti kita sibuk berkerja untuk setahun or beberapa bulan yang panjang dan sampai satu ketika mesti kita nak cuti kan?? Selepas cuti mungkin kita teruskan seperti biasa, atau mungkin dapat semangat yang lebih untuk menjadi lebih baik dalam kerjaya. Macam tuh lah juga diri kita ini. Walaupun mungkin tak lama, tapi banyak dan besar berkatnya dalam bulan Ramadhan, dan pada aku tak salah kalau seseorang mengejar untuk menjadi lebih baik dalam bulan ini kerana sememangnya digalakkan. Tidak pula aku cakap bulan lain tak perlu, tapi kalau dah seseorang tuh terpanggil lebih di bulan Ramadhan tu pun dah cukup baik dari langsung tak berusaha dan tak ambil endah. Lama sekejap bukan persoalan. Sesungguhnya Ramadhan itu sendiri menjanjikan pelbagai ganjaran andainya ikhlas melakukannya. Mungkin ada ibadah yang didalam bulan Ramadhan itu dianggap sunat, tapi tak salah kan kalau sebulan ini jer kita beri tumpuan lebih sikit dari biasa?? Lagipun ganjarannya tak sama dengan bulan-bulan yang lain. Janganlah sibuk memikirkan “ ala kalo aku pergi pon xikhlas nak buat ape..??” …kerana tindakan kita yang sikit tu kalau dibiasakan lama-lama mungkin biasa.



Aku tahu andai ada yang membaca entri aku kali ini, mesti ada yang terpikir “ala..macam lah kau tuh baik sgt..” ataupun “ kau pon sama jer aku tgk…ramadhan ker tidak sama jer…” ataupun “ ko pon berubah sebab Ramadhan” ataupun “ ko pun kata orang mcm tuh juga..” katalah apa pun…aku tak ambil peduli…tapi ini pendapat aku… Jangan menghukum aku hanya kerana apa yang aku tulis tapi fikirkan betul atau tidak. Aku sendiri mengaku aku banyak silap, banyak tabiat buruk, banyak yang tak elok dipandang tapi aku harap suatu hari nanti aku dapat berubah menjadi lebih baik. Bantu aku yer.. J


p/s: tetibe terasa mcm ustaz plak…hahah.. :P

Sunday, July 22, 2012

...SaLaM RaMaDhaN...

Diam tak diam Ramadhan dah kembali lagi. Bagi seorang Muslim, bulan Ramadhan adalah bulan yang memberikan banyak ganjaran kepada Muslim yang benar-benar ikhlas dalam mengerjakan ibadah. Ramadhan juga adalah bulan dimana wajib bagi seorang Muslim itu untuk berpuasa. Secara peribadi, cepat jer aku rasa masa berlalu. Masih terasa baru lagi Ramadhan yang lepas dilalui dan kini Ramadhan menjengah kembali. Semoga Ramadhan kali ini memberi lebih banyak pengisian yang baik serta lebih baik dari Ramadhan sebelumnya buat diri aku dan korang juga.

Tiba Ramadhan, selain beribadah antara perkara yang menjadi perbualan sekililing pastinya bazar Ramadhan. Mana tak nyer, masa ini la bagaikan pesta makanan. Macam-macam juadah yang dijual untuk berbuka puasa. Bukan setakat menarik perhatian orang yang berpuasa sahaja untuk membeli malah yang bukan Muslin juga menumpang kemeriahan bazar Ramadhan. Aku sendiri pun terliur dengan macam juadah yang dijual sampai kadang-kadang tu macam nak beli jer semua dalam masa yang sama. Haaa...itu la lapar mata namanya. Bila dah beli, tiba masa waktu berbuka dan makan tak habis...!! Kan dah bazir...nafsu manusia biasalah tuh. So simpan list menu korang yang panjang lebar tuh untuk hari-hari mendatang. Lagipun puasa kan sebulan bukan 3 or 4 hari jer.

Apa-apa pun sekali lagi aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh Muslim tak kira dimana korang berada (feeling-feeling ada pembaca di USA) dan diharapkan Ramadhan kali ini memberi seribu makna buat dira kita semua. Amiinnn...
 

Saturday, July 14, 2012

...ELeCtRiC TRaiN SeRViCe (ETS)...


Hallllooo....ok kali ini aku nak menceritakan pengalaman aku beberapa hari yang lepas sewaktu aku pulang dari bercuti di rumah ke UTM semula. Untuk perjalanan kali ini aku decide untuk menggunakn perkhidmatan Electric Train Service ataupun ETS yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur sebelum aku meneruskan perjalan dengan bus ke Johor.




 Ni la gerabaknya...tapi ada juga gerabak yang macam KTM Komuter yang lama tuh


Memang aku macam buat kerja dua kali kan bila korang baca ape yang aku tulis nie. Mana tak nyer, turun naik, turun naik.  Tapi sebenarnya masa perjalanan aku kali nie hanya 6 ½ jam sahaja dari Perak ke Johor berbanbing 8 jam malah lebih sebelum ini dengan menggunakan kenderaan awam tapi cara yang berbeza.

Apa yang penting sekarang aku nak bercerita pengalaman menaiki ETS tu. Untuk aku, aku sangat berpuas hati dengan perjalanan itu sebab, sepanjang perjalanan aku memang rasa selesa dan berpuas hati dengan keadaan didalam ETS tuh. Keadaan dalaman yang bersih dan mungkin baru, tak ada la buatkan aku rase macam serabut sangat.



  Dalam ETS...


Untuk pengetahuan korang semua juga, dalam ETS nie siap ada “pramugara” and “pramugari” lagi yang mungkin membantu kita sekiranya mengalami masalah. Malah mereka juga bertindak untuk memberi makan (sandwich jerr..) dan air kepada kita dimana makanan ini dah termasuk dalam harga tiket sekali. Tapi kat situ macam ada cafe juga la yang ada makanan lain untuk penumpang Cuma tak pasti termasuk harga tiket ataupun kena beli. Tapi rasanya kena beli. 

Dari segi masa perjalanan pula, memang cepat. Aku tak terasa lama pun duduk dalam tuh. Selalunya kalo naik bus memang terasa. Dan kalo x silap aku perjalanan menggunakan bus dari Ipoh ke KL mengambil masa selama 2 ½ jam ke 3 jam. Tapi dengan ETS masa perjalanan hanya 2 jam. So memang boleh dikatakan cepat. Malah ianya bergerak “ontime” selaras dengan moto yang dilaungkan iaitu “Ontime Everytime”. Perjalanan tuh pula memang terus ke KL tanpa berhenti di mana-mana stesen diantara KL dan Ipoh.

Jadi pendapat aku, aku sangat berpuas hati dan berkemungkinan besar akan menggunakan perkhidmatan ini lagi. Nie pendapat aku tapi kalau ada yang tak bersetuju, itu hal korang la kan...hehe... Tapi lagi best kalau ada terus ke Johor..!! haha...chao chin chauuu...

Sunday, July 1, 2012

...SePaRuH MaSa PeRTaMa...TaMaT..!!

Ini bukan cerita berkenaan bola, mahupun sukan-sukan yang lain. Tetapi apa yang aku maksudkan dengan tamatnya separuh masa pertama itu ialah, sudah berakhirnya 6 bulan pertama bagi tahun 2012 dan berbaki lagi 6 bulan untuk tahun ini. So mesti ada antara korang semua yang dah tercapai azamnya ataupun masih ada lagi yang belum berkesempatan kan..?? Pada yang dah tercapai tuh aku ucapkan tahniah dan terus berusaha lagi untuk menjadi lebih baik.





Untuk aku, 6 bulan pertama tak banyak sangat yang aku dapat capai, dan ada sesetengah itu yang masih lagi dalam proses. Diharapkan semuanya dapat diselesai sebelum habisnya separuh masa kedua. Pejam celik, pejam celik, diam tak diam rupanya dah separuh tahun berlalu. Diharapkan pada korang-korang yang masih mempunyai azam yang tak tercapai lagi macam aku, jom sama-sama kita berusaha untuk ke arah itu. 

Apa yang dah lepas tuh biarkan berlalu. Mana-mana yang indah kita jadikan memori. Mana-mana yang kurang indah ataupun buruk kita jadikan pengajaran dan peringatan untuk kita terus menjadi lebih baik. Jangan sesekali tunduk pada perkara yang lalu tapi bangun untuk yang akan tiba. Pesanan untuk diri sendiri juga.


Friday, June 29, 2012

...AiR BeRPanCuTaN...

Kali ni nak habaq pi pasal aktiviti yang aku buat beberapa minggu lepas. Almaklumlah, baru ada kesempatan untuk update blog ni kan. Busy katanya (sangat..!!). LOL. So aku nak cerita pasal pertunjukan air yang aku tengok dekat KLCC beberapa minggu lalu sewaktu ke sana. Tapi tujuan asal aku ke KL tuh bukanlah untuk tengok pertunjukan itu. Tujuan asalnya untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan aku tapi macam biasalah tak kan nak tunggu kat majlis kahwin tuh sampai malam kan?? Bagi chance la kat pengantin baru spend time together-gether. Jadi aku pun melangkahkan kaki ku ini melagho-lagho disekitar KL.

Jalan punya jalan, naik turun train, maka sampailah aku ke KLCC. Sampai terus ajak kawan aku sorang ni melepak dekat tasik KLCC. Saja nak menggamit memori zaman persekolahan outing lepak kat Tasik KLCC dengan kawan-kawan sambil pakai baju batik sekolah.




Sampai-sampai je, memang langkah kanan kata orang, ada show kat tasik tu tapi malangnya pertunjukan sebenar show tuh dah habis. Sebenarnya show tu adalah sempena KL International Music and Light Festival 2012 in conjunction dengan ulang tahun ke 25 untuk The World Gas Conference pada 4 - 8 June 2012. Aku kadang terpikir apa kena mengena Music and Light dengan Gas?? Layan je lahhh bedah.. Tapi time aku datang tuh 10 June 2012. So sah-sah la tak de.

Tapi aku melepak je lah dengan kawan aku kat situ, tetibe plak ade music kuat kedengaran dan air berpancutan keluar kat tasik tuh. Mungkin disebabkan kesian tengok ramai sanagt manusia jakun yang kebosanan menunggu show tuh walaupon dah sah-sah tau show tu dah habis, tapi terus menunggu depan tasik tuh pihak pengurusan kat situ pun buat la sedikit show untuk pengunjung yang nak sangat tengok. Haaa...hamik kau..!!

Memang terkesima dan terbeliak mata aku tengok show tuh (jangan bimbang tiada aksi 18sx dipamerkan). Punyalah cantik pertunjukan air itu dengan lampu warna warni lagi. Memang sangat-sangat cantik dan aku rasa kalau pada tarikh sebenar festival itu mesti lagi banyak yang menarik. Memandangkan video yang aku amik nie susah sangat nak upload, jadi aku amik video rakaman yang diambil oleh orang lain dari YouTube so that aku boleh berkongsi pengalaman itu dengan korang. So layan video ni k...!! Enjooyyy..!!!








Thursday, June 28, 2012

DaSaR PeMaLaS...!!!

Ok, pada mereka-mereka yang membaca entri kat atas nie jangan terasa yer. Aku tidak sama sekali mengatakan anda (walaupppooonnn mungkin benar), tapi aku mengatakan kepada diri aku sendiri. Sebabnya setelah berkurun lama ku mendaki dan meredah onak duri dan lautan api (feeling mood lagu Gemilang jap) baru la aku ade semangat nak buat come back untuk blog nie. Jenuh juga la nak mengaut sawang-sawang yang ada ni. Ni semua gara-gara malas punya hal.




Entah la, aku pun tak tahu kenapa aku malas sangat nak update blog ni. Mungkin sebab hidup aku tak seceria dan tak penuh dengan aktiviti-aktiviti thrill macam blogger-blogger lain kot..?? Tapi itu bukan sebab untuk menulis kan..?? So nak dipendekkan cerita (sebab malas menulis lagi) secara jujurnya memang aku diulik perasaan malas yang mendalam untuk menulis blog ini dan tak ada idea nak menulis. Kalau ada pun mungkin aku tak cukup kreatif kot nak diluahkan dalam bait-bait ayat. LIKE I CARE..!! 

So, hopefully lepas ni hiduplah semula blog aku ni. Mungkin tak ada la hupdate setiap minit setiap jam setiap hari, ape ko ingat aku tak ada kerja lain nak buat ..??!! Mungkin seminggu sekali ke, 2 minggu sekali ker...but hopefully bukan la berbulan dan bertahun-tahun macam yang terjadi sebelum ni ok...Walaupun siapa je lah yang menjenguk blog aku nie...hahahah :P