Sunday, July 1, 2012

...SePaRuH MaSa PeRTaMa...TaMaT..!!

Ini bukan cerita berkenaan bola, mahupun sukan-sukan yang lain. Tetapi apa yang aku maksudkan dengan tamatnya separuh masa pertama itu ialah, sudah berakhirnya 6 bulan pertama bagi tahun 2012 dan berbaki lagi 6 bulan untuk tahun ini. So mesti ada antara korang semua yang dah tercapai azamnya ataupun masih ada lagi yang belum berkesempatan kan..?? Pada yang dah tercapai tuh aku ucapkan tahniah dan terus berusaha lagi untuk menjadi lebih baik.





Untuk aku, 6 bulan pertama tak banyak sangat yang aku dapat capai, dan ada sesetengah itu yang masih lagi dalam proses. Diharapkan semuanya dapat diselesai sebelum habisnya separuh masa kedua. Pejam celik, pejam celik, diam tak diam rupanya dah separuh tahun berlalu. Diharapkan pada korang-korang yang masih mempunyai azam yang tak tercapai lagi macam aku, jom sama-sama kita berusaha untuk ke arah itu. 

Apa yang dah lepas tuh biarkan berlalu. Mana-mana yang indah kita jadikan memori. Mana-mana yang kurang indah ataupun buruk kita jadikan pengajaran dan peringatan untuk kita terus menjadi lebih baik. Jangan sesekali tunduk pada perkara yang lalu tapi bangun untuk yang akan tiba. Pesanan untuk diri sendiri juga.


2 comments:

md said...

Seronok tgk ko menulis balik, selepas lama menyepi kini kau berjya wat COME-BACK :)

Mar Yanie said...

oh, tq for reminder..

"Apa yang dah lepas tuh biarkan berlalu. Mana-mana yang indah kita jadikan memori. Mana-mana yang kurang indah ataupun buruk kita jadikan pengajaran dan peringatan untuk kita terus menjadi lebih baik. Jangan sesekali tunduk pada perkara yang lalu tapi bangun untuk yang akan tiba."

Post a Comment