Friday, June 29, 2012

...AiR BeRPanCuTaN...

Kali ni nak habaq pi pasal aktiviti yang aku buat beberapa minggu lepas. Almaklumlah, baru ada kesempatan untuk update blog ni kan. Busy katanya (sangat..!!). LOL. So aku nak cerita pasal pertunjukan air yang aku tengok dekat KLCC beberapa minggu lalu sewaktu ke sana. Tapi tujuan asal aku ke KL tuh bukanlah untuk tengok pertunjukan itu. Tujuan asalnya untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan aku tapi macam biasalah tak kan nak tunggu kat majlis kahwin tuh sampai malam kan?? Bagi chance la kat pengantin baru spend time together-gether. Jadi aku pun melangkahkan kaki ku ini melagho-lagho disekitar KL.

Jalan punya jalan, naik turun train, maka sampailah aku ke KLCC. Sampai terus ajak kawan aku sorang ni melepak dekat tasik KLCC. Saja nak menggamit memori zaman persekolahan outing lepak kat Tasik KLCC dengan kawan-kawan sambil pakai baju batik sekolah.




Sampai-sampai je, memang langkah kanan kata orang, ada show kat tasik tu tapi malangnya pertunjukan sebenar show tuh dah habis. Sebenarnya show tu adalah sempena KL International Music and Light Festival 2012 in conjunction dengan ulang tahun ke 25 untuk The World Gas Conference pada 4 - 8 June 2012. Aku kadang terpikir apa kena mengena Music and Light dengan Gas?? Layan je lahhh bedah.. Tapi time aku datang tuh 10 June 2012. So sah-sah la tak de.

Tapi aku melepak je lah dengan kawan aku kat situ, tetibe plak ade music kuat kedengaran dan air berpancutan keluar kat tasik tuh. Mungkin disebabkan kesian tengok ramai sanagt manusia jakun yang kebosanan menunggu show tuh walaupon dah sah-sah tau show tu dah habis, tapi terus menunggu depan tasik tuh pihak pengurusan kat situ pun buat la sedikit show untuk pengunjung yang nak sangat tengok. Haaa...hamik kau..!!

Memang terkesima dan terbeliak mata aku tengok show tuh (jangan bimbang tiada aksi 18sx dipamerkan). Punyalah cantik pertunjukan air itu dengan lampu warna warni lagi. Memang sangat-sangat cantik dan aku rasa kalau pada tarikh sebenar festival itu mesti lagi banyak yang menarik. Memandangkan video yang aku amik nie susah sangat nak upload, jadi aku amik video rakaman yang diambil oleh orang lain dari YouTube so that aku boleh berkongsi pengalaman itu dengan korang. So layan video ni k...!! Enjooyyy..!!!








Thursday, June 28, 2012

DaSaR PeMaLaS...!!!

Ok, pada mereka-mereka yang membaca entri kat atas nie jangan terasa yer. Aku tidak sama sekali mengatakan anda (walaupppooonnn mungkin benar), tapi aku mengatakan kepada diri aku sendiri. Sebabnya setelah berkurun lama ku mendaki dan meredah onak duri dan lautan api (feeling mood lagu Gemilang jap) baru la aku ade semangat nak buat come back untuk blog nie. Jenuh juga la nak mengaut sawang-sawang yang ada ni. Ni semua gara-gara malas punya hal.




Entah la, aku pun tak tahu kenapa aku malas sangat nak update blog ni. Mungkin sebab hidup aku tak seceria dan tak penuh dengan aktiviti-aktiviti thrill macam blogger-blogger lain kot..?? Tapi itu bukan sebab untuk menulis kan..?? So nak dipendekkan cerita (sebab malas menulis lagi) secara jujurnya memang aku diulik perasaan malas yang mendalam untuk menulis blog ini dan tak ada idea nak menulis. Kalau ada pun mungkin aku tak cukup kreatif kot nak diluahkan dalam bait-bait ayat. LIKE I CARE..!! 

So, hopefully lepas ni hiduplah semula blog aku ni. Mungkin tak ada la hupdate setiap minit setiap jam setiap hari, ape ko ingat aku tak ada kerja lain nak buat ..??!! Mungkin seminggu sekali ke, 2 minggu sekali ker...but hopefully bukan la berbulan dan bertahun-tahun macam yang terjadi sebelum ni ok...Walaupun siapa je lah yang menjenguk blog aku nie...hahahah :P





Friday, November 11, 2011

...LePaS 11.11.11 aPe PuLaK..??...

Salam semua...semalam bukan main kecoh dengan pelbagai perkara semuanya angkara si angka....angka ape menda nyer..??? Mesti la angka ini 11.11.11 yang merupakan tarikh pada semalam. Masing-masing pun cuba mengabadikan perkara-perkara terindah dan istimewa dalam hidup mereka pada tarikh nie...sebab ape?? ade dapat free gift ker ?? Bukan....tapi semata-mata kerana tarikh itu yang cantik dengan satu angka yang sama iaitu "1" dan tarikh yang mudah diingati.

Macam-macam hal berlaku semalam...dan yang paling penting ramai yang berduyun-duyun untuk menamatkan zaman bujang mereka pada 11.11.11. Bukan kawin aje...yang bertunang pon yer...yang menyambut annivesary pon yer...dan ada juga yang melahirkan anak pada tarikh 11.11.11...tahniah la yer pada mereka-mereka itu...jangan ditanya apa yang istimewa sangat tarikh tuh..??? Sebab perkara tersebut subjektif...walaupun ianya hanya kerana tarikh tersebut tapi setiap orang ada cara tersendiri untuk mengingati perkara-perkara istimewa itu. TAPI...!!!!!!! yang aku tak boleh tahan, ada pulak ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata yang baru sanggup membuat permintaan untuk melaksanakan pembedahan Caesarean iaitu bersalin secara pembedahan untuk kandungan mereka yang memang menanti masa nak keluar tuh semata-mata untuk mendapatkan tarikh 11.11.11....aish...ada pulak tuh kempunan sebab nak kawen tarikh 11.11.11 last-last pejabat agama tutp pulak dah....ini la antara apa yang aku dapat baca sekitar yang berlaku pada tarikh yang digila-gilakan sangat tuh...macam-macam hal la...!!!




Haaa....11.11.11 dah berlalu...lepas nie 12.12.12 la pulak.....then?? 13.13.13..?? Opkos la tak der manusia oi..haha...mungkin 11.12.13...so kalo yang dah ade plan tuh cepat-cepat la nyimpan yer masuk minang anak dara orang...tapi tarikh ape pon nak berkahwin biarlah berkekalan hendaknyer....jangan heboh sgt nak kawin tarikh lawa last-last perkahwinannya tak seindah tarikh tuh da....haaaa.....no no no..!!!

Hurm....tak kesah la yer...apa jugak tarikh nyer...pada aku setiap hari itu istimewa...dan jangan la pulak hanya kerana mendapatkan sesuatu perkara yang cantik sanggup membahaykan diri sendiri. Apapun..tahniah sekali lagi pada yang dah berkahwin, bertunang, menjadi ibu dan bapa dan juga yang mendapatkan cahaya mata baru pada tarikh yang bersejarah tuh.... peace..!! :)


Wednesday, November 9, 2011

...VoKaL BuKaN SeKaDaR RuPe...BeNoR Ker??...

Salam semua....ok kali nie aku nak cerita sikit pasal satu lagi rancangan realiti TV yang baru kat salah satu stesen TV swasta terkemuka di Malaysia nie... Nama rancangan tuh VOKAL - Bukan Sekadar Rupa... Konsep rancangan ni ada la ala-ala THE VOICE yang dekat Hollywood tuh... bukan seluruh konsep nyer yang sama tapi pemilihan peserta yang layak dilakukan berdasarkan "blind audition" dimana semasa peserta mempersembahkan lagu mereka...hanya suara jer yang kedengaran berkumandang mengalunkan lagu pilihan mereka. Dari suara itu la yang juri akan membuat pilihan untuk menerima atau tidak peserta tersebut.





Cuma terdetik dalam hati aku tentang rancangan realiti ni apa yang dimaksudkan dengan tagline die "Bukan Sekadar Rupa" tuh....???  Adakah pemilihan peserta hanya dipengaruhi oleh suara peserta semata-mata..?? Ataupun "Bukan Sekadar Rupa" memberi maksud tak harapkan muka cantik..muka handsome...muka pakej je tapi suara mantap..?? Ataupun "Bukan Sekadar Rupa" membawa erti tak payah ade rupa yang menawan tapi suara yang meremangkan segala bulu..?? Haaaaa......yang ini aku confius..!!!

Ok sebab ape..?? Ni just pendapat aku melalui ape yang aku tonton..Aku tengok semua peserta yang masuk tuh majoriti nye mesti berbadan besar atau gempal atau gemuk....tak pun bekulit gelap... dan muka mesti yang "pecah rumah" punyer.. (Maaf yer tak ada niat menghina orang yang berfizikal sedemikian). Kalo ade pon yang macam cantek dan okay adalah seorang perserta wanita tuh...yang lain seperti yang dijelaskan sebelumnya.... Kenapa yerrr...??? Ker memang target peserta untuk rancangan ini orang-orang yang sedemikian...??? Kalau begitu konsepnyer dah lari la dari target asal dimana mencari bakat berdasarkan suara yang mantap dan tidak dipengaruhi oleh rupa... Tapi kalo dah memilih golongan-golongan seperti diatas maknanya rupa dah mempengaruhi pemilihan... iaitu gemuk...dan mungkin muka yang tiada pakej.





Kalo dilihat dalam THE VOICE di Hollywood, semua peserta memang dinilai berdasarkan suara. Cantik atau kurang catik, berpewatakan menarik atau tidak dan apa jua penampilan anda semuanya diterima untuk terlibat dan hanya yang betul-betul mempunyai suara yang mantap pada pendengaran juri akan dipilih. Tak macam dalam VOKAL... ataupun memang VOKAL tuh target pesertanya memang golongan-golongan sebegitu?? Kesian pada yang mempunyai rupa dan betul-betuk berbakat tak dapat peluang nak menyertai rancangan tu...Bukan apa seolah-olah rancangan itu dibuat untuk mereka yang kurang bernasib baik pulak nampaknya kalo target pesertanya adalah sebegitu... Sepatotnya kalo mahu betul-betul menilai vokal dan betul-betul "bukan sekadar rupa" pemilihan peserta perlu lebih meniliti kepada vokal dan tidak menitikberatkan cantik atau tidak mahupun memilih golongan-golongan tertentu sahaja. Sepatutnya perhatian penuh pada vokal dan penyampaian vokal.

Apa pon aku nie juri tak bertauliah..diorang yang berada dalam produksi berkenaan mesti lebih memahami... Dan aku just meluahkan pendapat aku sahaja...masing-masing ada pendapat tersendiri...so jangan terasa hati yer dengan apa yang aku tulis. Pada aku semua orang berbakat tak kira cantik mahupun tidak. Sekian.... peace..!! :)


p/s: Konsep THE VOICE dan VOKAL tak sama dari segi strategi pertandingan dan penyingkiran tapi kedua-duanya mementingkan vokal peserta dan tidak dipengaruhi rupa.





Tuesday, October 18, 2011

...KiSaH PaK Cu DaN AnAk BuaHnYa...

Salam semua...weeeeehhaaaa....ni nak habaq mai satu citer ni kat hangpa semua...hehe...aku nak bercerita kisah aku sendiri dengan anak buah aku...iaitu anak kepada kakak kandung aku...nama budak kecik nie Muhammad Danish Haikal, berumur 2 tahun setengah. Memandangkan aku ni anak bongsu...so gelaran yang dia gunakan untuk panggil aku ialah Pak Cu...kadang-kadang jadi Acu...short form katanyer...

Al-kesah bermula semasa aku keluar bersama family aku bersama kakak aku dan suami serta anak-anaknyer. Kami naik satu kereta semuanya. Jadi si budak kecik Danish ni nak duduk dengan aku. Aku pangkukan die di paha aku sambil muka dan badan die mengadap aku. Tiba-tiba :


Danish : Acu...apa bintik hitam dekat muka Acu tuh??

Aku    : Huh?? bintik hitam?? (blurr kejap sambil pandang muka Mak aku) . Ape benda nyer Mak??

Mak   : Tahi lalat awak la tu....

Aku    : Owh tahi lalat... (terlupe plak ade tahi lalat kat pipi). Bintik hitam ni tahi lalat Acu la Danish...

Danish : Huh?? Tahi lalat...?? 

Aku    : Ha'ah, kat muka Acu nie tahi lalat... (banyak tanya plak budak nie)

Danish : Kenapa tahi lalat?? Lalat tuh BERAK kat muka Acu ker??  ( Aku dah terbahak-bahak gelak...satu kereta gelak dengan soalan cepumas die)

Masa dia tanya soalan tuh...aku dah tak tahu dah nak jawab apa...aku hanya mampu jawab "Ha'ah... lalat tuh berak kat muka Acu"....tapi yang aku tak tahan tu dia terus guna istilah berak sebab ada perkataan "tahi" tuh. Tapi apa boleh buat, nama pun budak-budak kan...

Then aku sendiri tertanya pada diri sendiri. Macam mana ekh tahi lalat terbentuk..?? Ke memang betul lalat tuh berak kat kita...ciss...!! Biadap punya lalat kalo betol ko berak.Tapi pastinya la bukan...kat bawah ni aku ada jawapannya macam mana tahi lalat terbentuk.

Sebenarnya, bukan lalat tuh yang berak kat kita tapi tahi lalat terbentuk akibat pengumpulan sel-sel bernama melanocytes (sel yang berada dibawah epidermis kulit dan menghasilkan melanin). Pigment melanin yang terhasil oleh sel melanocytes nie la yang menampakkan tahi lalat tuh jadi gelap. Jadi, apabila melanocytes nie berada dalam keadaan kelompok dan menghasilkan melanin maka tercipta la tahi lalat.

Tahi lalat pada kulit manusia nie selalunya dalam bentuk bulat atau bujur dan warna die pulak boleh menjadi hitam, perang, merah ataupun merah jambu. Secara statistik, selalunya seorang manusia mempunyai 10 -50 tahi lalat pada sekitar badannya. Tahi lalat nie kalo dalam istilah saintifik dipanggil Nevus (merujuk kepada tunggal) dan kalo banyak dipanggil sebagai Nevi. Tahi lalat nie jugak boleh wujud dalam keadaan rata dan kadang-kadang boleh timbul dari permukaan kulit kita tuh. Ada plak tuh yang ade tumbuh rambut lagi. Subur kot kat situ...haha..



 Ni la rupanya macam mana tahi lalat boleh terbentuk pada tubuh badan manusia...haaa...pilih-pilih..!!



So itulah sedikit info yang aku boleh share berdasarkan apa yang berlaku antara aku dan si budak kecik Danish. At least dia membuatkan aku terpikir gak kan...and dapat share info dengan korang. Tapi kalo aku nak explain balik kat die agak-agaknye dia paham x?? Silap-silap banyak plak nanti soalan cepumas dari die...biarlah dia cari sendiri nanti bila dah besar... :)

Monday, October 17, 2011

ApE NaK JaDi...ApE NaK JaDi...??

Salam semua...ok kali ini aku nak bersoseh-soseh dengan korang semua pasal satu video yang dah ley dikatakan amat mengejutkan ramai orang. Berduyun-duyun dah orang “mengepost” video ni kat Facebook. Dalam TV pun dah ade kuar video ni. Video rakaman CCTV yang aku maksudkan tuh adalah video rakaman dimana seorang kanak-kanak yang dilanggar oleh sebuah Van dah kemudiannya ditinggalkan cedera di tempat kejadian Kejadian berlaku di China. Pastu, orang yang lalu lalang dikawasan kejadian hanya memandang tanpa memberi apa-apa bantuan lansung kepada budak yang dah separuh nyawa tuh...!! WTF..!!

Boleh pulak la orang kat situ pandang wat bodoh (sah mmg diorang tuh bodoh dungu) tengok jer budak tuh. Masalah nyer bukan sorang dua yang memandang tapi ramai. Nasib baik la ade sorang mak cik nie yang ubah budak ni ketepi sikit. Tapi yang aku hairan lagi, kenapa mak cik tuh tak nak bawa pergi hospital or clinic terus..?? Haisssshhhh!!

Sampai macam tuh sekali masyarakat kawasan tuh sehinggakan ada orang yang cedera tahap anytime jer nak mati pun diaorang lansung tak nak ambil tahu. Lagi sadis ini melibatkan kanak-kanak. Mana hilangnya keperihatinan masyarakat kawasan tuh..?? Korang nilai la sendiri bila tengok video ni..mungkin ada sesetengah korang yang dah tengok tapi tak salahkan kalo tengok lagi...layaaannnnnn~~~









Thursday, October 13, 2011

...MunCuL SeMuLa....CaaaKKkkk..!!!

Yaaaa ammmmppuuuunnnn...!!! Giler lama tak update blog nie...Haishh.....jgn salahkan aku tapi salahkan penyakit M yang melanda aku...iaitu Malas...Bukannyer tak selalu online tapi macam tak terbukak jer hati nak menghupdatekan diri kat blog nie. Akhirnya hari ni bukak juga aku blog nie untuk di updatekan dengan entri baru. Tapi kali ni tak ada la cerita or info yang letop-letop sangat pon nak dikongsi. Tapi just nak share video yang membuatkan aku melayan perasaan (waaahhhh...!!) jap pagi-pagi bila dengar. Dah la lagu nyer pon melayan2 perasaan bila di instrumental kan plak...melayang-layang aku... nah !! kat bawah nie video instrumental lagu KISAH HATI nyanyian ALYAH...untuk yang men gitar nie kalo bace la blog nie (walaupon mmg xde harapan) nice lah lu bro...!! sedap...!!