Salam semua....kali ini ada cerita sayu sikit. Tapi tak ada la sayu mana, suam-suam jer. Aku nak cerita pasal ikan belaan aku. Jangan salah anggap pulak. Ini bukan cerita pasal "anak ikan" itu ok. Ini cerita pasal ikan yang betol yang hidupnya di dalam air dan aku letakkan nyer di dalam akuarium kecil.
Dulu aku penah sekali post entri pasal aku mula bela ikan kan. Start dari situ dah banyak ikan yang menjadi mangsa korban dibawah jagaan aku. Kalau ikutkan sekarang ni aku pon dah tak pasti ni batch yang ke berapa punya ikan aku dah beli. Yang pasti memang banyak and macam-macam insiden yang jadi. Ade yang lumat dikisar kipas pam air la, ada yang mati tak tahan kena buli ngan ikan lain la (erk..??). Tapi sebab paling utama mengapa ikan aku mati aku rase sebab kualiti air plus aku sendiri kot tak ada bakat jaga ikan. Hurm...ntah la..
Tapi sampai sekarang aku tak serik-serik lagi bela ikan ni. Ikan yang paling lama bertahan dibawah jagaan aku pon adalah "ikan bandaraya". Aku tak tahu la ape name saintifiknya tapi ikan tuh ikan yang sedut-sedut lumut yang nak bagi akuarium kite bersih sikit. Sebab tuh la dapat nama bandaraya kot. Ha...ikan ni sampai sekarang pon ada lagi. Lama jugak la aku bela, ada la dalam 3 bulan lebih sampai sekarang ni.
Kali ini nak share dengan korang insiden aku baru berlaku dengan ikan yang aku baru jer beli ahad lepas. Kes kali ni turut menyebabkan maut. Dimana ikan aku dilaporkan membunuh diri. Mungkin agak tertekan dengan suasana akuarium kecil kot...ntah la...hehe. Tapi kali ni aku yakin bukan sebab aku tak pandai jaga. Mana tak nya, yang sekor lagi tuh ok jer sehat walafiat, tak de pulak pening-pening ikan ker terhuyung hayang ke. Lagipun untuk batch kali ni punya la aku jaga water quality nyer... Haha...
Tapi kali ni ikan aku telah melompat keluar dari akuarium dah dijumpai mati kering dihurungi semut diatas meja dimana akuarium itu diletakkan. Mula-mula aku tak sedar, tapi sekali tuh aku pandang akuarium aku aku tengok macam ade yang kurang jer. Dah hilang sekor. Ingatkan menyorok disebalik pokok or patung kuda laut tapi tak ada jugak. Last-last nampak dah mati kering membunuh diri keluar dari akuarium. Sadis!!
Tinggal la sekor dengan ikan bandaraya...aisehhh....
Tapi nak buat macam mana, ajal maut ditangan Tuhan. Aku pon redha jer. So pasni apa lagi, cari couple baru la untuk ikan sekor yang dah jadi janda/duda ni. Hehe.. seb bek la ade teman lagi iaitu ikan bandaraya yang setia dalam akuarium nie... :)
0 comments:
Post a Comment