Saturday, June 11, 2011

...DiSSoCiaTiVe iDenTiTy DiSorDeR...

Salam semua....ok kali nie aku nak berstory-mory antara kisah menarik yang aku dapat masa beberapa hari yang lepas....masa tuh aku tengah tengok televisyen (semangat eja penuh)....pastu aku petik...aku petikk....aku petikk remote tuh....sampai la aku jumper satu rancangan yang aku ase aku terpikat nak tengok....last2 aku bukak la chanel 702 : Diva Universal kat Astro tuh....rancangan nyer adalah.... The Oprah Winfrey Show...kan...mak-mak giler rancangan yang aku tengok...ade aku kesah...?? apppeee pon xboleh!! haha...

Kebetulan pulak time tuh topik dia sangat la menarik...si pompuan negro kaya nie die berbicara mengenai sorang perempuan bernama KIM NOBLE yang mempunyai penyakit yang dikenali dalam bahasa omputihnyer sebagai Dissociative Identity Disorder (D.I.D) atau pon penah dikenali sebagai Multiple Personality Disorder..paham?? Kalo mak cik-mak cik xpaham....ianya boleh diterangkan sebagai...orang nie ade masalah beberapa orang personaliti ataupun identiti yang berbeza dalam diri....haaa...tapi bukan kes kekeliruan identiti ok....yang itu lain....tuh len kali kite citer...hahaha...



Kim Noble yang mempunyai masalah D.I.D


Tapi si Kim Noble nie...mempunyai masalah yang mane die mempunyai beberapa identiti or personaliti ataupon leh dipanggil ALTER berbeza dalam badan yang sama...dan setiap alter nie mempunyai kisah sendiri...dan muncul pada waktu-waktu tertentu...Alter yang paling dominan dalam diri si Kim nie bernama Patricia....Dalam diri Kim nie ade 20 alter ataupon orang yang berbeza....tetapi kalo ditanya pada mana-mana alter sama ada die ingat kisah atau ape yang dibuat alter lain...diorang xtahu dan tak  ingat....bermakna seolah-olah memang diri orang berbeza yang wujud walaupon pada badan and otak yang sama....kalo kite tengok orang nie...dah lama kite kata orang tuh gila...yerla kejap jadi gini...kejap jadi gitu..

Kim nie jugak ade seorang anak perempuan bernama Aimee...yang lagi best nyer anak die nie dari kecik lagi dah menyaksikan personaliti ibu die yang berbeza-beza...boleh katakan die mengenali semua alter yang ade dalam badan si Kim nie...



Kim dengan anak perempuannya , Aimee


Pada tahun 2004, Kim dan semua alter yang ade dalam badan die nie telah tertarik dengan aktiviti melukis setelah menghabiskan masa bersama seorang art therapist. Yang lagi menarik....setiap lukisan Kim dan alter nya...mempunyai latar cerita ataupon maksud yang berbeza-beza dan ada menggambarkan diri masing-masing. Kebanyakan alter ni tak sedar pon yang diorang nie berkongsi dengan badan yang sama sebab masing-masing menganggap mereka adalah orang yang berbeza.

Lagi menarik apabila therapist yang sering memantau Kim nie...die memberitahu bahawa kalo dia nak berkomunikasi dengan  mana-mana alter seperti "Patricia", "Judy", "Salome", "Ken" atau diri Kim sendiri...dia terpaksa menghantar  kepada setiap seorang kerana diorang mempunyai email yang berbeza. Malah diorang juga ade password sendiri yang mana alter lain tidak mengetahuinya walaupon dalam badan dan menggunakan otak yang sama.

Kalo korang nak tengok muncul nyer alter nie satu per satu...tapi bukan semua la...korang ley tgk kat link yang aku bg kat bawah nie...sorry xdpt nk letak video kat sini terus...korang bukak jer website Oprah nie...nanti dapat la tengok....enjoy...!!


Sila klik link dibawah ini untuk menonton:





0 comments:

Post a Comment